Tuesday, May 25, 2010

Damia tak baik demam

Semalam Damia bad mood. Dia tak mau main-main dengan Raudah. Tapi satu pembaharuan perangai dia takde nangis-nangis bila aku tinggalkan di bilik ketika aku membuat susunya. Mungkin dia baru nk mula berdikari almaklum la nak dapat adik. Tapi perangai baru dia, dah pandai meragam sampai guling-guling badan kat lantai. Pening melayannya tapi aku paham perangai budah nk membesar.

Tuesday, May 18, 2010

Damia demam

Malam tadi Damia meragam sikit. Aku bagi dia makan bubur, tapi dia cuma makan sedikit saja. Badannya sedikit panas dan dia asyik merengek2 manja. Kasihan aku melihatnya. Mungkin keletihan bermain di siang hari bersama Raudah (Anak pengasuhku)- sangkaku. Aku mengurut badannya perlahan. Begitu juga abahnya. Aku urut di sebelah kanan, Abahnya urut di sebelah kiri. Begitu selesa Damia sehinggakan dia terlelap(hihihi).

Lebih kurang sejam Damia tidur, sedang aku asyik menonton video klip Adamaya, tiba-tiba Damia menangis dari dalam bilik. Aku menjengahnya untuk memujuknya dan aku dapat rasakan badannya yang hangat tidak seperti selalu. Mungkin nak demam tu yang dia asyik merengek2. Aku ukur suhu badannya. Ternyata melebihi suhu biasa iaitu 37.9 darjah celcius. segera kami berikan ubat demam yang masih berbaki. Dalam demam2 begini pun Damia masih ligat bermain sehingga jam 10.30pm baru dia terlena.

Pagi ni, kami menghantar Damia ke Klinik Pakar untuk dibuat pemeriksaan. Ternyata merah di tekaknya asbab dia demam. Doktor berikan ubat antibiotik untuk dihabiskan dan tak lupa jugak ubat demam. Aku hubungi mak bercerita mengenai Damia. Mak cakap budak nak upah sebab nak berakal. Hihihihi. Ada plak istilah tu... Anyway satu fasa baru bagi Damia sejak melangkah setahun 2 bulan. semoga Damia menjadi anak yang solehah dan pintar Dunia dan Akhirat. Doa Mama dan Abah sentiasa untuk Damia. Semoga cepat sembuh hendakNya. Amin....

UPTOWN MITC



Pada hari Ahad (9 Mei 2010) yang lepas aku dan suami serta anakku berjalan-jalan ke MITC, Ayer Keroh untuk melihat keadaan sebenar Uptown MITC yang sedang diperkatakan sekarang. Keadaan tidaklah segempak Uptown di Bandar Melaka, tetapi barangan yang dijual agak murah berbanding yang terdapat di pasaran. Peniaga yang terdapat disitu juga tidak banyak lagi. Mungkin masih baru lagi dan pengunjung pun tidak sesak.

Malangnya aku tak sempat mengmbil gambar untuk dikongsi bersama di sini. Kami 3 beranak berjalan-jalan melihat-lihat dahulu kedai2 yang menarik. Nanti gaji dah masuk boleh la kunjung lagi untuk beli apa yang patut.

Kami sempat berkenalan dengan juruujual kasut crocs dan Hubby belikan aku sepasaang crocs hitam untukku. Syoknya. Damia je tak dapat apa2. (nanti mama belikan lain kali). Singgah dikedai perhiasan hubby beli perfume paradise. Satu untuknya dan satu untukku. Damia? alahai cian anakku ini. mujur tak berakal lagi.

Melihat orang2 berniaga membuatkan aku rasa seronok sekiranya mempunyai masa untuk melakukan seperti mereka. Bagaimanapun, perancangan berniaga ni sentiasa berada di mindaku. Aku akan usaha untuk merealisasikan perancanganku ini.

Meninggalkan Uptown MITC jam 10.15 malam yang masih dikunjungi orang ramai(walaupun tak berapa ramai). Pandanganku dan suami untuk first time berkunjung amatlah positif dan kami berharap dapat berkunjung kembali. Insyallah pada masa akan datang akanku paparkan gambar suasana Uptown MITc itu.




Monday, May 17, 2010

Gelagat Damia



Salam Sejahtera


Aku ingin berkongsi cerita disini, Nur Damia Husna nama anak ku yang pertama. Sejak berusia setahun sebulan ini pelbagai gelagat yang dia tunjukan kepada mama dan abah dia. Terhibur kami dibuatnya.

(untuk permulaan Blog ini)




  Damia bersama kereta mainan di Giant



The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk