Wednesday, February 2, 2011

CABARAN BF BAGI IBU BERKERJAYA

Semalam selesai sudah frust saya dengan sokongan keluarga, akhirnya sy bangit semula dengan bantuan rujukan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Pn Azyan Masiron www.azyanMasiron.net dengan merujuk beberapa blog dan maklumat daripada Internet. Antara yang menarik minat saya adalah melalui rujukan seperti di bawah ini:

Terima kasih Allah keranaMu ku ketemu penyelesaian masalahku yang tak seberapa ini. Terima kasih juga kepada Pn Azyan dan tak lupa kepada pemilik dan penulis Blog myangels-love.blogspot.com

Tuesday, February 1, 2011

Cabaran Exclusive BreastFeeding (BF)

Penuh cabaran kelahiran kali ini tapi saya tabahkan hati kerana saya rasakan ada insan lain yang lebih malang daripada apa yang saya alami sekarang. Dalam pada untuk memberikan breasfeeding (BF) sepenuhnya kepada bayi kali ini, macam2 pula cabaran yang perlu saya hadapi. Bayi masuk wad kerana kuning (Penyakit yang kerap berlaku selepas melahirkan- Saya cuba cari maklumat mengenainya). Semasa dia diwadkan sudah diberikan susu fomula. Bermula disinilah cabaran saya ketika tekad untuk memberikan susu ibu secara ekslusif. 

Rupanya cabaran yang paling kuat adalah cabaran daripada keluarga sendiri. Saya cuba berkongsi cerita dengan keluarga bertujuan mendapatkan support daripada mereka. Malangnya, kata-kata mereka terus menjatuhkan semangat saya untuk merealisasikan usaha ini. Terusnya saya hanya mendiamkan diri untuk tidak memajangkan cerita. 

Kadang-kala saya terfikir, saya tidak perlukan sokongan keluarga untuk menjayakan usaha ini (adakah betul?). Bolehkah saya berjaya sekiranya saya tidak berkongsi usaha ini dengan keluarga atas faktor-faktor yang di atas? Saya seperti "down" bilamana keluarga saya menekankan supaya saya memberi bayi saya dengan formula milk (FM) untuk memudahkan babysitter(BS).

Hurgh!!!!! Tension betul. Saya patut lebih banyak membaca maklumat seperti ini untuk menaikkan semula semangat saya.

Sombody...........Help me!!!!!!!!!!!!!......

VAKSIN 1 BULAN

Hari ini genap 31 hari umur Wafi jadi kena la hantar ke klinik utk mendapatkan suntikan Vaksin Hepatatis B. Pemeriksaan lain dilakukan adalah menimbang berat bayi dan ibu( Wah!!! berat mama 70.5kg). Wafi naik 0.1kg je kepada 3.7kg. Wafi diberi suntikan pada paha kanannya. Semasa wafi diperiksa oleh nurse bertugas mereka dapati Wafi masih ada tanda-tanda kuning pada mata dan tubuhnya. Jadi, kes ini harus di rujuk ke klinik di Pekan berhampiran untuk diperiksa lebih lanjut oleh doktor. Maklumlah di klinik desa ini tiada doktor bertugas buat masa ini.

Saya ditemani oleh kakak ipar membawa Wafi ke klinik bagi mendapatkan sample darah untuk dibuat ujian samaada Wafi ada masalah hati atau lain-lain penyakit. Semoga keputusannya tiada masalah dan ianya mengambil beberapa hari untuk diketahui. Kesian saya lihat bayi sekecil Wafi dicucuk jamur pada tangan halusnya. Tidak dapat darah daripada tangannya, dialihkan ke pelipat sikunya pula. Sedih dan sayu saya perhatikan nurse yang bertugas. Dalam hati tidak ada apa yang saya boleh lakukan hanya membantu memudahkan kerja nurse tersebut demi kesihatan anak saya juga.

Semoga tiada masalah apa-apa terhadap Wafi dan mama sentiasa berdoa untuk itu sayang.....



The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk