Wednesday, June 29, 2011

EBF for 6 month

Alhamdulillah...
Hari ini genap 6 bulan saya menyusukan Muhammad Wafi dengan susu ibu sepenuhnya. Matlamat seterusnya adalah berusaha untuk mencapai matlamat setahun pula.

 


Monday, June 27, 2011

SGM JUN 2011: PENYUSUAN KETIKA TEMPOH BERPANTANG


Alkisahnya, saya tidak dapat hadir ke SGM kali ini. terasa rugi rasanya. Bagaimanapun, hasil berhubung dengan peserta SGM kali ini saya peroleh input pada hari tersebut daripada Pn Yati Aris




SGM June 2011 kita membincangkan penyusuan dalam masa berpantang. Tidak semua orang waktu berpantang adalah waktu yg selesa. Byk halangan yg terpaksa dihadapi waktu berpantang. SGM kali ni kita banyak share masalah yg dihadapi dalam berpantang supaya di masa akan datang kita dapat mengatasinya atau boleh juga dijadikan panduan buat kawan-kawan atau sedara mara kita.

Permasalah yg pertama:
-ibu atau ibu mertua yang kurang mendapat pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu dan penyimpanan susu ibu. di masa ini susu ibu dapat dijadikan EBM di mana ibu atau ibu mertua kurang yakin kita dapat menghasilkan susu utk cucu-cucu mereka.

Penyelesaian:
-cuba educate ibu atau ibu mertua berkenaan penyusuan susu ibu.mulakan dengan educate orang terdekat iaitu suami supaya suami dapat menyokong kita sepanjang masa berpantang sehingga habis pantang.

Permasalahan ke dua:
-susu yg keluar tidak banyak waktu berpantang…ini mungkin kerana tidak pam, tidak menyusukan baby dengan kerap atau tidak urut breast.

Penyelesaian:
-cuba kerapkan penyusuan baby supaya breast dapat distimulatekan. Pam supaya dapat mengosongkn breast kerana konsep breastfeeding ‘Demand and Supply’. 

Permasalahan ke tiga:
-kurang pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu. Ada di kalangan ibu2 yg baru melahirkan anak tidak mendapat pendedahan mengenai penyusuan susu ibu maka mereka tidak tahu membeli pam yg bersesuaian dan tidak membuat stok utk anak.

Penyelesaian:
-lebih pendedahan menerusi internet dan laman-laman web yang berkaitan. Jadikan pam susu salah satu barang yg perlu dibeli sebelum bersalin selain dari barang baby. Pam ini akan berguna sekiranya hendak membuat stok susu anak.

Permasalah ke empat:
-stok susu lambat dibuat. Ada ibu-ibu yang membuat stok susu 2 minggu sebelum naik kerja dan ada juga yg membuat stok susu selepas naik kerja.

Penyelesaian:
-stok susu harus dibuat bila-bila masa. Tiada waktu yang tertentu. Selepas baby menyusu bole pam supaya breast dapat dikosongkan.



Permasalahan ke lima:
-Pemberian air masak atau makanan tambahan.

Penyelesaian:
-Air masak tidak perlu diberi kepada baby kerana komposisi susu ibu lebih air dan makanan 

tambahan perlu diperkenalkan pada umur 6 bulan.


Permasalahan ke enam (tambahan saya)
Bayi selalu menangis dan meragam ketika dalam pantang


Penyelesaian
Bayi mungkin perlukan perhatian ibu. Jadi ibu perlulah belai dan peluk bayi sekiranya bayi kuat meragam. Mungin bayi juga rasa tidak selamat apabila keluar dari perut ibunya, itu yang dia asyik menangis dan perlukan perhatian. Mungkin ibu penat sedikit kerana terpaksa melayan bayi. Bukan hanya memberikan susu semata2. Itu yang ada org ckp bayi tu lapar tu tak cukup susu. Tidak semestinya bayi menangis tanda ianya lapar. Ada banyak sebab untuk dimenangis dan perlukan perhatian ibu yang menjadi pelindungnya selama 9 bulan 10 hari selama ini. Jika tidak berjaya dapatkan Kumpulan sokongan penyusuan susu ibu.

Thursday, June 23, 2011

DarwishnDarwisya

Pelik kan tajuk saya hari ini... Allah gerakkan hati saya melihat blog ini melalui Blog Ustaz Kazim. Bagusnya sekiranya dapat dikongsi bersama.

Kanak-kanak berumur 3 tahun menghafaz 30 surah.

Mungkin kita boleh berhenti seketika carian ilmu penyusuan. Mungkin kita boleh menambahkan ilmu tentang pendidikan awal bayi dan kanak2 dengan merujuk blog mama DarwishnDarwisya. Semoga saya dapat mengikuti jejak mama DarwishnDarwisya. Jazakallah

Untuk keterangan lanjut sila klik di sini

Wednesday, June 22, 2011

PERKEMBANGAN TERKINI MUHAMMAD WAFI

Dia dah pandai menyarap....

Pose pertama menyarap
Patut la semenjak 2-3 hari ni tengok Wafi macam kurus sikit... Rupanya dia nak mula menyarap. Walaupun lewat seperti bayi lain yang seusia dengannya tapi saya bangga dengan perkembangan anak lelaki saya ini. Well done my Boy!!!

Menghitung hari mencapai kejayaan pertama menyusukan anak sepenuhnya dalam 6 bulan pertama ini.

Lagi hari .....




 


Thursday, June 16, 2011

KEJAYAAN KEWANGAN 2011

credit to google
SAVING JAR


S.E.B.E.L.A.S

S - Simpan untuk diri (& keluarga) dahulu.

E - Elak pembaziran - Economise
      Bezakan barang-barang KEPERLUAN dan KEHENDAK

B - BAJET - Buat bajet
                   - Tulis 
                   - Patuhi!
                   - Displin
E - Elak emosi semasa membuat keputusan kewangan
      (contohnya: Bonus - bayar hutang piutang dahulu)

L - Libatkan si kecil
    Bentuk tabiat menabung anak-anak. Ibubapa sebagai 'role model' kepada anak-anak. Sediakan 'saving jar'

A - Awasi Skim pelaburan tidak sah
      Dapatkan maklumat sebanyak mungkin

S - Sediakan DANA KECEMASAN (Wang simpanan bagi 3 - 6 bulan perbelanjaan)

* Kejayaan pengurusan kewangan bergantung kepada usaha.

Lihatlah pasangan tersayang untuk sumber inspirasi dan juga anak tersayang.

Rujukan artikel daripada majalah pa & ma

Thursday, June 9, 2011

Seminar B.M.W

Semalam saya berjaya mengikuti satu program celik wang iaitu Bijak mengurus wang (B.M.W) anjuran SIDC (Securities industry Development Corporation). Alhamdulillah dapatlah menambahkan ilmu tentang pengurusan kewangan diri dan anak-anak. Seminar ini adalah percuma untuk semua masyarakat Malaysia dan jamuan juga disediakan.



Tajuk : Bijak Mengurus Wang (B.M.W)
Anjuran : SIDC
Tarikh : 9 Jun 2011
Masa : 9.00am - 5.00pm
Tempat : MITC, Ayer Keroh, Melaka
Makanan : Disediakan oleh pihak penganjur 
Peserta: Ibubapa, wanita dan kakitangan kerajaan

Suasana di dalam ballroom. Ramai peserta tu....Kebanyakannya drp jbtn kerajaan. 
Berikut adalah buku program yang kami dapat


Pertama sekali kami dikehendaki melukis sekeping duit RM1. (Tak ingat beb.)
Moral: SIMPAN DUIT WALAU 1 RINGGIT


Antara brousher yang diterima oleh peserta
Antara nota-nota yang dapat saya tuliskan pada seminar tersebut yang boleh dikongsi bersama.





Terlalu banyak maklumat yang kita boleh dapat dengan menghadiri seminar BMW ini. 

Untuk keterangan lanjut bolehlah merujuk http://www.sc.com.my atau http://www.min.com.my

Wednesday, June 1, 2011

Stok EBM Mei lepas

 Setakat ini begitu la stok EBM Muhammad Wafi(tonggang-langgang). Bahagian bawah saya letakkan ayam dan makanan beku yang lain.

Tahu tak, plastik beras tu untuk apa? Saya tutup stok EBM untuk elakkan suhu sejuk daripada keluar. Tak tahu betul atau tak. Saya cuma ikut logik akal saja.

Stok EBM di simpan dalam keadaan leper untuk menjimatkan ruang. Almaklum la ini sahaja peti yang saya ada. Nak beli deep fridge tak mampu lagi. Lagipun saya belum mencapai tahap pengumpul EBM yang tegar. Cukup la untuk Wafi dalam sebulan ini.

Addition picture.

First picture of me with Wafi while nursing.
Posted by:
Wishwashere

The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk