Semenjak minggu lepas badan aku ni tak berapa sedap. Rasa melayang-layang. ditambah pulak dengan batuk-batuk. Rasa macam nak demam pun ada. Pembawakan budak kot. Baru 5 minggu ku rasa kandungan ini. Takkan begitu cepat simptomnya.... Macamane pun kena biasakan. Nak melawan makin tak larat rasanya. Lagi-lagi yang melibatkan pemikiran ini. Bila banyak fikir makin berat rasaya...
Ditambah lagi masalah bakal tiba....Pengasuh anakku tak dapat jaga Damia minggu depan, balik Kampung katanya. 2 hari pulak tu.... peninga aku nk fikirkan samada pohon cuti atau hantar Damia ke kampung... baru je minggu ni cuti balik kampung. Tapi nak wat macamana lagi kan. mungkin aku terpaksa jugak pohon cuti untuk jaga anakku sebelum aku berangkat ke Pulau Langkawi kerana menghadiri kursus BTN. Mesti bertambah2 lagi rinduku kepada Damia. Mujur la mama dan keluarga sudi jenguk kami di sini untuk menjaga cucu kesayangannya sementara aku mengikuti kursus BTN. Terima kasih keluargaku.
No comments:
Post a Comment