Showing posts with label Budget. Show all posts
Showing posts with label Budget. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

PERBELANJAAN PENYUSUAN IBU

Saya ada terbaca beberapa post di Facebook mengutarakan "besar ke belanja menyusukan anak dengan susu ibu?", "belanja susu ibu dan susu formula macam sama banyak je?". Saya cuba-cuba mengingat kembali perbelanjaan saya sepanjang menjadi Exclusive breasfeeding (EBF) mummy. Tak susah mana pun sebab saya banyak beli barangan online, hanya buka melalui akaun dapatlah saya tengok semula berapa perbelanjaan yang telah saya keluarkan.



Dalam pengiraan saya (yang saya ingat) jumlah perbelanjaan saya sehingga 8 bulan menyusukan anak ini adalah RM1038.46. Mahal kan? baru perasan, takpe untuk anakku.  Perbelanjaan ini termasuklah Bra penyusuan, botol dan plastik menyimpan susu, Ice pack (saya tidak beli pakej), pam elektrik dan pam manual. Cooler bag saya guna beg serbaguna yang saya dapatkan daripada kakak saya. Bag pack, saya guna bag sandang yang diberikan organisasi tempat saya bekerja. Bagi saya, selagi ianya masih elok untuk digunakan saya tidak akan membeli beg yang baru. Alhamdulillah sehingga kini saya tidak membelanjakan duit untuk membeli susu formula setiap bulan.

Saya ada membuat kiraan secara kasa sekiranya kita memberi anak kita susu formula. berikut adalah kiraan kasar saya:

Saya anggarkan belian susu yang murah macam Dumex bagi sebulan (tidak dikira sekiranya susu cepat abis. Bila umur bayi meningkat, semakin banyak bayi meminum susu)

RM22.00 x 3 = RM66.00 (Kat rumah - 1 bungkus. Kat nursery/ pengasuh 1 bungkus)

RM66 x 24 bulan = RM1,584.00

Dianggarkan pembelian susu formula adalah sebanyak RM1,584.00 paling minimum untuk bayi sehingga berumur 2 tahun dan saya percaya perbelanjaan ini lebih tinggi daripada harga yang saya kira ini.

Beg pack ku.Huhuhuh serba ringkas and sempoi.

Kita janganlah ikut orang lain. Orang lain beli deep freezer kita pun sibuk nak beli. Bak kata pepatah "Ukur baju pada badan sendiri".



Thursday, June 9, 2011

Seminar B.M.W

Semalam saya berjaya mengikuti satu program celik wang iaitu Bijak mengurus wang (B.M.W) anjuran SIDC (Securities industry Development Corporation). Alhamdulillah dapatlah menambahkan ilmu tentang pengurusan kewangan diri dan anak-anak. Seminar ini adalah percuma untuk semua masyarakat Malaysia dan jamuan juga disediakan.



Tajuk : Bijak Mengurus Wang (B.M.W)
Anjuran : SIDC
Tarikh : 9 Jun 2011
Masa : 9.00am - 5.00pm
Tempat : MITC, Ayer Keroh, Melaka
Makanan : Disediakan oleh pihak penganjur 
Peserta: Ibubapa, wanita dan kakitangan kerajaan

Suasana di dalam ballroom. Ramai peserta tu....Kebanyakannya drp jbtn kerajaan. 
Berikut adalah buku program yang kami dapat


Pertama sekali kami dikehendaki melukis sekeping duit RM1. (Tak ingat beb.)
Moral: SIMPAN DUIT WALAU 1 RINGGIT


Antara brousher yang diterima oleh peserta
Antara nota-nota yang dapat saya tuliskan pada seminar tersebut yang boleh dikongsi bersama.





Terlalu banyak maklumat yang kita boleh dapat dengan menghadiri seminar BMW ini. 

Untuk keterangan lanjut bolehlah merujuk http://www.sc.com.my atau http://www.min.com.my

The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk