Saya baru terbaca pos daripada salah seorang ahli KIM di facebook. harap dapat dijadikan panduan bersama.
"23 Sep lepas, kami baru selesai Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim. Panel ini dianggotai oleh beberapa orang mufti dan ahli akademik. Dalam mesyuarat tersebut kami ada berbincang salah satu isu berkaitan penyusuan. Dan, didapati terdapat satu perkara yang perlu diperbetulkan iaitu bilangan susuan untuk disabitkan sebagai anak susuan. Bilangan susuan adalah lima kali seperti yang kita faham. TETAPI IA TIDAK MENSYARATKAN KENYANG
Ramai di kalangan masyarakat Melayu Islam memahami lima kali susuan itu perlu disertai dengan kenyang. Ini termasuklah para asatizah seperti saya. Sedangkan tiada mana-mana kitab muktabar yang menyebutkan 'musybi`at' iaitu kenyang sebagai syarat. Cukup seorang bayi itu minum sebanyak lima kali, bayi tersebut akan menjadi anak susuan. Jadi saya nak mohon maaf atas kesalahan maklumat yang disampaikan dalam kedua-dua set soalan yang diajukan."