Terima kasih Allah keranaMu ku ketemu penyelesaian masalahku yang tak seberapa ini. Terima kasih juga kepada Pn Azyan dan tak lupa kepada pemilik dan penulis Blog myangels-love.blogspot.com
Wednesday, February 2, 2011
CABARAN BF BAGI IBU BERKERJAYA
Tuesday, February 1, 2011
Cabaran Exclusive BreastFeeding (BF)
Penuh cabaran kelahiran kali ini tapi saya tabahkan hati kerana saya rasakan ada insan lain yang lebih malang daripada apa yang saya alami sekarang. Dalam pada untuk memberikan breasfeeding (BF) sepenuhnya kepada bayi kali ini, macam2 pula cabaran yang perlu saya hadapi. Bayi masuk wad kerana kuning (Penyakit yang kerap berlaku selepas melahirkan- Saya cuba cari maklumat mengenainya). Semasa dia diwadkan sudah diberikan susu fomula. Bermula disinilah cabaran saya ketika tekad untuk memberikan susu ibu secara ekslusif.
Rupanya cabaran yang paling kuat adalah cabaran daripada keluarga sendiri. Saya cuba berkongsi cerita dengan keluarga bertujuan mendapatkan support daripada mereka. Malangnya, kata-kata mereka terus menjatuhkan semangat saya untuk merealisasikan usaha ini. Terusnya saya hanya mendiamkan diri untuk tidak memajangkan cerita.
Kadang-kala saya terfikir, saya tidak perlukan sokongan keluarga untuk menjayakan usaha ini (adakah betul?). Bolehkah saya berjaya sekiranya saya tidak berkongsi usaha ini dengan keluarga atas faktor-faktor yang di atas? Saya seperti "down" bilamana keluarga saya menekankan supaya saya memberi bayi saya dengan formula milk (FM) untuk memudahkan babysitter(BS).
Hurgh!!!!! Tension betul. Saya patut lebih banyak membaca maklumat seperti ini untuk menaikkan semula semangat saya.
Sombody...........Help me!!!!!!!!!!!!!......
VAKSIN 1 BULAN
Hari ini genap 31 hari umur Wafi jadi kena la hantar ke klinik utk mendapatkan suntikan Vaksin Hepatatis B. Pemeriksaan lain dilakukan adalah menimbang berat bayi dan ibu( Wah!!! berat mama 70.5kg). Wafi naik 0.1kg je kepada 3.7kg. Wafi diberi suntikan pada paha kanannya. Semasa wafi diperiksa oleh nurse bertugas mereka dapati Wafi masih ada tanda-tanda kuning pada mata dan tubuhnya. Jadi, kes ini harus di rujuk ke klinik di Pekan berhampiran untuk diperiksa lebih lanjut oleh doktor. Maklumlah di klinik desa ini tiada doktor bertugas buat masa ini.
Saya ditemani oleh kakak ipar membawa Wafi ke klinik bagi mendapatkan sample darah untuk dibuat ujian samaada Wafi ada masalah hati atau lain-lain penyakit. Semoga keputusannya tiada masalah dan ianya mengambil beberapa hari untuk diketahui. Kesian saya lihat bayi sekecil Wafi dicucuk jamur pada tangan halusnya. Tidak dapat darah daripada tangannya, dialihkan ke pelipat sikunya pula. Sedih dan sayu saya perhatikan nurse yang bertugas. Dalam hati tidak ada apa yang saya boleh lakukan hanya membantu memudahkan kerja nurse tersebut demi kesihatan anak saya juga.
Semoga tiada masalah apa-apa terhadap Wafi dan mama sentiasa berdoa untuk itu sayang.....
Monday, January 24, 2011
Hari Pantangku
Alhamdulillah, aku telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 31 Disember 2010 dengan berat 2.9kg jam 9.08 pagi yang mana ketika ini kandungan aku berusia 36 minggu 2 hari. Bayiku dimasukkan ke dalam wad kerana tak cukup bulan dan mukanya kelihatan lebam. Selama 4 hari aku berulang alik ke hospital bagi melihat bayiku yang terkena penyakit kuning. Terima kasih hubby kerana menemani mama menyusu adik wafi.
Aku dan suami me mutuskan menamakan bayi ke 2 kami Muhammad Wafi bin Hasli Sham.
SEDAP KAN......YUM YUM...
Aku dan suami me mutuskan menamakan bayi ke 2 kami Muhammad Wafi bin Hasli Sham.

1. Wafi masih dalam wad (siap cermin mata hijau lg tu!)
3. Wafi selepas dimandikan (Terus je tido)
Hari2 melalui hari pantangku amatlah membosankan. Boleh dikatakan hari2 aku makan menu yang sama.
Mujur ada Internet boleh la dapatkan ilmu sebelum naik bekerja. Ilmu BF untuk ibu berkerjaya sepertiku.
SEDAP KAN......YUM YUM...
Friday, December 17, 2010
34 minggu
Baru masuk keja setelah 4 hari berkursus Kemahiran Kaunseling.
Seronok sangat dapat diberi peluang menyertai kursus ini. Insyallah next level akan menyusul awal tahun depan. Harap2 Kak lin dapat tarikh yang bersesuaian dengan keadaan aku yang da nk dekat bersalin ni.
Masih mood lewa2 walau ada 2-3 kerja sudah dilakukan. Sambil2 tu tengok2 forum breastfeed(BF). Untung ada laman web berkaitan untuk aku dapatkan maklumat sebanyak mungkin sebelum dapat merealisasikan matlamat aku BF utk bby this time.
Aku pun sedang merancang keperluan utk menyambut bby ke-2 ni. banyak gak la yang diperlukan utk BF nnt. Huhuhuhu hopefully success!!!!!

Monday, November 15, 2010
PERANCANGAN KEWANGAN
1-2 bulan ini aku banyak memikirkan pasal kewangan keluargaku. Bebrapa usaha telah ku lakukan antara yang paling berkesan adalah menghadiri taklimat AKPK. Hasli taklimat tersebut aku dapat membuat keputusan akan perancangan kewanganku dan keluarga. Antara hasil taklimat yang aku dapat adalah:
1. Merancang matlamat kewangan: 1. Jangka pendek (< 6-12 bulan) 2. Jangka sederhana (1-3 tahun) 3. Jangka Panjang (lebih 5 tahun) 2. Pastikan matlamat dapat memenuhi kaedah S.M.A.R.T
S. specific
3. Dahulukan keperluan berbanding kehendak
4. Ukur baju atas badan sendiri= ikut kemampuan diri dengan apa yang ingin dimiliki.
Aku harap tips ini dapat dikongsi bersama.
1. Merancang matlamat kewangan: 1. Jangka pendek (< 6-12 bulan) 2. Jangka sederhana (1-3 tahun) 3. Jangka Panjang (lebih 5 tahun) 2. Pastikan matlamat dapat memenuhi kaedah S.M.A.R.T
S. specific
M. measurable
A. attainable
R. realistic
T. timely
3. Dahulukan keperluan berbanding kehendak
4. Ukur baju atas badan sendiri= ikut kemampuan diri dengan apa yang ingin dimiliki.
Aku harap tips ini dapat dikongsi bersama.
PERSEDIAAN KELAHIRAN
Lama tak mencoret.
Minggu ni masuk 7 bulan kandunganku. Sekarang ni tengah teruja window shooping kat littlewhiz.com cari barangan bayi dan ibu. Jumaat lepas aku order spectra 3 breastpump. Semalam barang tu da sampai. cepat sungguh. Seronok dapat barangan untuk persediaan menyusu badan secara ekslusif. Cuma cara penggunaan belum tahu macamana lagi.
Sambil2 tu aku tengok2 jugak laman web yang memberikan tips2 menyusukan bayi secara ekslusif. Aku berharap sangat baby kali ini dapat bertahan paling kurang 6 bulan menyusu badan sepenuhnya.

Subscribe to:
Comments (Atom)