Salah satu komplikasi kelahiran bayi baru lahir ialah joundis. Hal ini adalah normal di mana tubuhnya memproses lebihan sel darah merah yang tidak diperlukan. Hasil proses itu iaitu bilirubin membuatkan bayi kelihatan kuning jika hati tidak mampu memprosesnya dengan baik. Pada paras yang rendah, bilirubin tidak memudaratkan tetapi akan mengundang padah jika di paras yang tinggi.
Untuk makluman, jaundis lebih biasa berlaku kepada bayi pra matang, sakit, dilahirkan oleh ibu menghidap diabetis dan lahir setelah diberi ubat pencetus konstraksi (indius) atau pitocin. Seperti yang diketahui, kebanyakan bayi ini akan lahir secara caesarean. Oleh itu, jaundis memang biasa terjadi kepada bayi bukan kerana proses pembedahan itu tetapi kerana keadaan dan ubat yang digunakan cenderung menyebabkan kadar caesarean yang tinggi.
Menyusukan bayi akan membuatkan dia membuang najis dengan lebih kerap. Menerusinya lebih banyak bilirubin dibuang. Jika bayi tidak membuang najis secukupnya. Bilirubin akan diserap semula melalui usus. memandangkan kolostrum bertindak sebagai julap, ia membantu tubuh memproses dan mengeluarkan lebihan bilirubin.
Kajian menunjukkan penyusuan 7 kali sehari atau lebih secara ketara mengurangkan kejadian jaundi. Jadi, kekerapan penyusuan adalah langkah terbaik meminimumkan jaundis di samping mendedahkan bayi kepada sinar matahari. Jika bantuan tambahan diperlukan, lampu fototerapi mungkin perlu digunakan.
Rujukan: Majalah Pa & Ma September 2011
No comments:
Post a Comment