Friday, April 22, 2011

EBM LEBIH TAHAN LAMA UNTUK PERJALANAN JAUH

EBM@express breast milk = susu ibu yang diperah dan dibekukan.

Semasa saya mengikuti program SGM yang lepas, MBfPC, puan Huda ada memberi petua bagaimana mengekalkan suhu EBM supaya tahan lebih lama ketika perjalanan jauh. Ternyata petua itu amat berkesan dan saya telah mempraktikkannya. Hasilnya EBM saya masih kekal beku apabila sampai ke destinasi.

Berikut adalah kaedah menyimpan EBM untuk perjalanan jauh:

Peralatan yang diperlukan 
Peralatan yang diperlukan. Garam dalam plastik 2 kg serta tape.
  1. Ais
  2. Bekas polistrin (yang simpan ikan. Ikut saiz yang diingini mengikut kuantiti EBM)
  3. Garam kasar (sebagai agen melambatkan ais mencair)
  4. Kertas surat khabar (agak banyak)
  5. Tuala
  6. Tape
Kaedah-kaedah:
Langkah 1: Letak kertas surat khabar dahulu(seperti gambar di atas). Ikut ketebalan masing-masing.
Langkah 2: Letakkan ais setebal 4-5 inci
Langkah 3: Letakkan garam sebanyak mungkin


Langkah 4: Letakkan EBM yang beku dan disusun rapi.
Langkah 5: Taburkan ais hingga menutupi susu
Langkah 5
Langkah 6: Taburkan garam di atas ais

Langkah 7: Letakkan kertas surat khabar






Langkah 8:  Letakkan tuala di atas surat khabar (tak sempat nak amik gambar)

Langkah 9: Tutup kotak dengan penutup dan di tampal dengan tape.
(Wah! kakak nk tolong abah gak ye..) 
Langkah 10: Pastikan tiada udara yang boleh keluar dan masuk ke dalam kotak dan ianya kedap udara. 

Selesai

Hasilnya: EBM beku selamat tiba di peti rumah saya.
(Sumi sapa la yang tinggal dalam peti ni)


~SELAMAT MENCUBA~

Posted by:
Wishwashere

Tuesday, April 19, 2011

Addicted on BF

Semenjak mempunyai anak ke-2 ni, sy lebih banyak membaca dan mencari maklumat tambahan berhubung bf. Ada juga keratan2 akhbar mengenai BF akan sy potong dan buat simpanan. Sekarang ada beberapa ibu hamil yang berminat menjadi seperti sy. Saya harap dapat membantu mereka merealisasikan penyusuan susu ibu sepenuhnya(walaupun sebenarnya sy belum berjaya fully BF until 6 month-wish me luck too!) 

Apa yang saya hendak ingatkan adalah supaya mereka tahan dengan pengaruh luar. Pengaruh luar yg sy maksudkan adalah kebanyakan mereka mencadangkan ibu2 menyusukan bayi campur dgn susu formula. Pengaruh yang paling mencabar adalah cabaran semasa pantang dan cabaran daripada keluarga sendiri. Secara jujurnya sy memang tidak tahan melawan cakap-cakap orang supaya menyusukan anak dengan susu ibu. Tetapi ingatlah ---- MASUK TELING KANAN, KELUAR TELINGA KIRI. Semoga saya dan ibu-ibu akan tabah menghadapi cabaran ini.....PEKAKKAN TELINGA JIKA MENDENGAR KATA-KATA YANG TIDAK MEMBERI MOTIVASI LANGSUNG DALAM PENYUSUAN SUSU IBU INI.

Wednesday, April 13, 2011

Cerita yang tertinggal

BALIK GANU, 12 Feb 2011, Sabtu jam 8.00 pagi

Kami bergerak ke Terengganu bertiga. Saya, Hubby dan Wafi. Perjalanan mengambil masa hampir 7 jam dan berjalan lancar. Cuma Wafi asyik muntah saja. Mabuk jalan kot. Kami tiba dengan disambut oleh keluarga terutamanya anak saya Damia yang sy rindui. Damia begitu teruja dengan kehadiran adiknya. tidak lepas sebutan "adik" daripada bibirnya.

Gambar selepas sehari berada di Terengganu

Damia bersama Wafi

Damia pertama kali tidur bersama adiknya Wafi

Gunting rambut Damia
Taken on 19 Feb 2011
Tok ma yang potong rambut saya. Baru la nampak kemas.

Wafi tidur menyarap

22/2/2011: Macam kura-kura.....hihihi

22/2/2011: Nyenyaknya dia.....

24/2/2011: Mulut yang mungil
27/2/2011: Adik-beradik gambar bersama

Mama letak adik sebelah kakak

Kakak mula gelisah

Kakak jadi serba tak kena. Adik 'cool' je

Akhirnya kakak da boleh terima adikanya
"Luv both of you my dearest children"
Posted by:
Wishwashere







The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk