Tuesday, April 19, 2011

Addicted on BF

Semenjak mempunyai anak ke-2 ni, sy lebih banyak membaca dan mencari maklumat tambahan berhubung bf. Ada juga keratan2 akhbar mengenai BF akan sy potong dan buat simpanan. Sekarang ada beberapa ibu hamil yang berminat menjadi seperti sy. Saya harap dapat membantu mereka merealisasikan penyusuan susu ibu sepenuhnya(walaupun sebenarnya sy belum berjaya fully BF until 6 month-wish me luck too!) 

Apa yang saya hendak ingatkan adalah supaya mereka tahan dengan pengaruh luar. Pengaruh luar yg sy maksudkan adalah kebanyakan mereka mencadangkan ibu2 menyusukan bayi campur dgn susu formula. Pengaruh yang paling mencabar adalah cabaran semasa pantang dan cabaran daripada keluarga sendiri. Secara jujurnya sy memang tidak tahan melawan cakap-cakap orang supaya menyusukan anak dengan susu ibu. Tetapi ingatlah ---- MASUK TELING KANAN, KELUAR TELINGA KIRI. Semoga saya dan ibu-ibu akan tabah menghadapi cabaran ini.....PEKAKKAN TELINGA JIKA MENDENGAR KATA-KATA YANG TIDAK MEMBERI MOTIVASI LANGSUNG DALAM PENYUSUAN SUSU IBU INI.

No comments:

Post a Comment


The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk