Sunday, August 21, 2011

SGM 2011: Ogos


Semalam saya sempat menghadirkan diri mengikuti SGM (yang entah ke berapa kali) buat kali ke 2 untuk Kelab Susu Ibu Melaka,. Hadir 15 minit lewat kerana menyiapkan anak-anak dan merancang membeli belah selepas selesai SGM.

Berbalik kepada SGM;
Kehadiran 8 orang peserta bersama anak-anak dan suami. Saya hadir bersama Muhammad Wafi. Topik perbincangan adalah seperti di atas yang mana ibu-ibu berkongsi pengalaman dalam menyebarkan makluman dan pengalan menyusukan ibu. Bagi Jess (pakar nutrisi) beliau pempunyai Teori mengenai BF ini amat menyokong BF sepenuhnya akan kebaikan susu ibu. Bagi pandangan kami kebanyakkan wanita akan percaya sekiranya ingin mengajak ibu-ibu meneruskan penyusuan ibu sepenuhnya mereka inginkan bukti dan pengalaman ibu yang  berjaya. Antara dapatan yang diperolehi dalam perbincangan semalam adalah:

1. Dapatkan sokongan daripada kumpulan sokongan susuibu seperti WABA, Malaysian Breastfeeding  Peer Counselor dan KIM.
2. Membuat lawatan ke Hospital bagi menyokong ibu-ibu yang baru melahirkan.

  • Merancang jadual lawatan
  • Mangadakan latihan atau kaunseling penyusuan ibu

3. Kumpulan sokongan hanya boleh memberi cadangan penyelesai permasalahan penyusuan ibu. Terpulang kepada mereka sama ada hendak menerima atau sebaliknya.
4. Program Tata Etika Pemasaran Pemakanan Bayi dan Produk bayi 

  • Mengenalpasti dan membuat laporan sekiranya terdapat produk penyusuan yang melanggar etika ini.

Bagi kawan-kawan yang berminta menghadiri SGM ini, Insyallah akan diadakan pada 2 Oktober 2011. Marilah sama-sama menjayakan penyusuan ibu sepenuhnya dengan membantu mereka yang memerlukan.


No comments:

Post a Comment


The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk