Wednesday, August 17, 2011

PREGNENT?




Ada darah sehari dua ini tapi teramatlah sedikit kuantitinya. Saya bertanya dengan orang berpengalaman tentang penyusuan ibu, mereka mencadangkan saya membuat pemeriksaan kehamilan. Kawan saya pula kata "takde period subur ke?" (betul juga...) Ada juga mengkhabarkan bahawa mungkin itu darah istihadah. Istihadah merujuk kepada darah yang keluar selepas tempoh kebiasaan datang haid bagi wanita. Tempoh paling lama haid adalah 15 hari dan 15 malam. Sekiranya haid keluar lebih daripada tempoh itu, ia dinamakan darah istihadah atau darah penyakit. Tapi dalam kes saya ini belum pun sampai 15 hari haid cuma haidnya sedikit sangat. Banyak betul kebarangkalian yang merungsingkan saya..... Waaaa tak boleh jadi nih....

Saya nekad membuat pemeriksaan kehamilan. Malangnya doktor tiada dan saya telah meninggalkan sample untuk di uji. Guest what?.
.
.


.


.


.


.
Suspend je.....
.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.
Ternyata apabila pihak klinik mengkhabarkan keputusannya adalah negatif.

(alhamdulillah? - belum bersedia untuk anak yang ke tiga) Lagipun saya ingin melengkapkan tempoh penyusuan ibu kepada Wafi. Belum berkesempatan berunding dengan doktor. Insyallah ini cuma haid biasa kerana mungkin saya telah mengurangkan sesi pengepaman daripada 3 kali kepada 2 kali sahaja dalam sehari. Pengurangan ini bertujuan untuk mengelakkan keletihan terlampau. Insyallah selepas Ramadhan ini saya akan kembalikan kepada 3 sesi pengepaman. Got to be hard work!

Sebaiknya saya akan merujuk doktor selepas ini untuk memastikan ianya bukan darah istihadah.....


No comments:

Post a Comment


The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk