Sunday, March 27, 2011

Petua Banyakkan Susu Ibu


Lama jugak saya tercari-cari petua membanyakkan susu ibu melalui bacaan al-quran, akhirnya ketemu dalam blog seorang ibu. Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Semoga ianya memberikan manfaat kepada ibu2 diluar sana.

Pemakanan:
lobak putih
ikan semua jenis ikan ikan yu (tak penah mkn lg) ikan sardine, tuna, salmon
kurma
jantung pisangkucai +tauhu+tougeh
petolakentang rebus
longan kering (air mata kucing)
roti
biskut marrie
daun turi
susu/ soya
halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
pengaga
kacang buncissayur sawi
cheese
planta

Minuman:
air masaksusu
soya
nestum
oat
horlick
milojus buahan
buahan betik/honeydwe
rebusan buah pala
spirulina
air kelapa
rebusan air halba

Supplement yg perlu ambik:
omega 3
obimim
kalsium
vitamin c

Utk urutan plak:
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF

Masa pengepaman:
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalou kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti tetek kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
jgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal

Ubat
Ubat untuk tambah hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)

Cara-cara Lain
1) baca surah al baqarah ayat 60.
sambil baca letakkan tangan pada breast tu.(satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) tuam tuala suam ke atas payudara
4) urut belakang
5) urut kat payudara
6) urut tetek pakai sikat?mcm sikat rambut
7) sentiasa berfikiran positif
8) invest pada pam susu yg berkualiti
9) Kerap menyusu bayi
10) kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati
11) doa
12) tawakkal

Sunday, March 20, 2011

Support Group Meeting (SGM), Terengganu.



Tajuk : Challenges in Breastfeeding

Tarikh : 19 Februari 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00am - 12.00pm
Tempat : Lagoon, Kuala Ibai,Kuala Terengganu
Tema : Merah

Makanan : POTLUCK

Pada 19 Feb 2011, saya telah menghadiri program penyusuan susu ibu, Support Group Meeting(SGM). Ini merupakan penglibatan pertama saya dalam program ini. Tujuan saya menghadiri program ini adalah bagi menambahkan ilmu pengetahuan dalam penyusuan susu ibu. Dalam program ini saya dapat menimba pengalaman dan berkingsi pendapat daripada ibu-ibu dan bakal ibu yang hadir. Antara perbincangan kami adalah; Cabaran menyusukan anak dengan susu ibu boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu faktor Luaran dan faktor dalaman

FAKTOR LUARAN


1. Kurang sokongan daripada keluarga/ saudara terdekat. (saya rasa inilah faktor yang paling mencabar kerana melibatkan keluarga kita sendiri iaitu ibu, kakak, adik dan abah. Hal ini berlaku sendiri kepada saya kerana kurangnya pendedahan mengenai penyusuan susu ibu ini. Oleh itu mereka menjadi antara penyebab semangan kita lemah). Penyelesaianya:

    • Bawa ahli keluarga terdekat berjumpa professional seperti Doktor atau Jururawat Rakan Bayi (pura-pura bertanya kebaikan penyusuan susu ibu kepada doktor. Diharap penerangan doktor akan lebih menyakinkan ahli keluarga terdekat kita)
    • Kita sendiri kena kuat semangat. Dapatkan banyak ilmu tentang penyusuan ini melalui pelbagai sumber. Sumber yang paling mudah adalah Internet. Dengan ilmu penyusuan kita akan lebih yakin untuk meneruskan penyusuan.
    • Dapatkan nasihat Kaunselor Laktasi. (saya pernah lakukan apabila semangat saya mula turun bilamana saya cuba mempertahankan penyusuan susu ibu ini. Nasihat Kaunselor itu: PEKAKKAN TELINGA. Tapi jangan melawan, takut jatuh derhaka plak)
    • Sentiasa berfikiran positif akan tanggapan orang lain. Anggaplah mereka masih kurang pengetahuan tentang penyusuan susu ibu.
2. BF in Public (Ini yang paling selalu orang risaukan. Ada rakan sekerja saya bimbang untuk menjadi BF mom kerana faktor ini.Saya katakan kepadanya sekarang ada banyak alat bantuan ketika menyusu anak di tempat awam.)
Penyelesaian; 
  • Nursing Cover. (kalau takde, boleh gunakan tuala yang lebar untuk menutup bayi yang menyusu B kita. Bagi saya cukup dengan memakai baju yang longgar. Terpulanglah bagi ibu-ibu untuk selesa)
  • Bilik penyususan di pasaraya
  • Baju penyusuan
3. Rakan sekerja/ majikan

  • Menyediakan bilik mengepam. Sekiranya tiada membuat permohonan kepada majikan dengan surat sokongan daripada MBfPC.
4. Persekitaran tempat kerja yang tidak sesuai (Kalau boleh adakan ruang tertutup untuk mengepam. Ada tempat kerja yang tidak ada bilik kosong untuk mengepam. Surau pun jauh. Last2 bila B da bengkak terpaksalah pump dalam tandas.....sadisnya - kalu boleh elakkan sebab kita nk bagi anak kita susu itu)
  • Boleh sediakan 'cooler bag'
  • Buat jadual pengepaman. (Patikan pam mengikut waktu iaitu setiap 3 jam sekali. Dan pastikan ianya konsisten supaya produktiviti yang meningkat.)
5. Kurang pendedahan/ promosi
  • Penyelesaian; Promosi dari mulut ke mulut. (Macam yang saya lakukan; saya mengepam susu di pejabat dan bila rakan sekerja nampak secara tidak langsung mereka akan bertanya lebih lanjut tentang kaedah penyusuan susu ibu. Saya dengan senang hati berkungsi apa yang saya dapat dengan mereka. Ada yang sendang mengandung tu saya nasihat dan bimbing mereka untuk menyusukan anak dengan susu ibu. Alhamdulilah nampaknya mereka berminat.)

FAKTOR DALAMAN


1. Kurang pengetahuan. Saya nasihatkan kepada ibu-ibu yang ingin memberikan susu ibu kepada anak dapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu dengan sebanyak mungkin. Semenjak hamil lagi kita da boleh dapatkan maklumat-maklumat tersebut.

2. Sikap M (MALAS!) betul la kata Ain, sikap M adalah punca segala masalah. 

3. Kesihatan. 

  • Nipple merekah. (Perlu meneruskan penyusuan. Sekiranya sebelah B merekah tukar kepada B yang sebelah. Pastikan susu tidak dilap(dianginkan supaya kering) selepas bayi hisap kerana susu ibu menjadi antigen mengubat puting merekah. dengan susu ibu de
  • Jangkitan pada payudara. (Alternatif: Banyakkan minum air suam)

4. Mind setting (Selalu bermonolog bahawan kita akan teruskan penyusuan dengan susu ibu. Tetapkan target awal untuk menyusukan selama 6 bulan dahulu. Sekiranya berjaya teruskan sehingga 1 tahun, dan seterusnya sehinggalah ke 2 tahun penyusuan.) 

5. Kurang motivasi/ keyakinan (Semangat kena tinggi. Dapatkan sokongan MBfPC. Orang lain boleh buat, kenapa kita tidak.)

6. Bayi meragam. (Semasa dalam pantang bayi akan banyak meragam. Secara semulajadinya bayi memang suka menghisap. Tetapi bukan bermakan bayi inginkan susu. Belailah mereka, kerana apabila bayi keluar daripada dalam perut ibunya selepas 9 bulan, mereka rasa tidak selamat. Ye lah, dalam perut ibu mereka sentiasa rasa selamat dalam dunia mereka sahaja. Oleh itu, peluklah bayi dan katakan padanya yang ibu sentiasa ada menemani.- Saya pernah alami---kadang2 sampai 2-4 pagi bayi asyik meragam, waktu itu saya kurang pengetahuan tentang ini. Patutlah bila beri B asyik muntah saja. Kesian Wafi, perut sudah kenyang mama asyik sumbat aje dgn nenen. Learn from experiance)

MITOS
Tidak semua benda yang dilarang ibu kita semasa menyusu adalah betul. Kebanyakannya tidak benar dan itu adalah mitos yang kita pegang hingga beranak pinak. Oleh itu, pentungnya pencarian ilmu walau di mana kita berada. Antara mitos-mitos yang sering didengar dan dimomokan oleh orang tua lama-lama(sekarang pun ada lagi) adalah:

  • Susu sikit.  nanti tak cukup nak bagi anak bila kita mula bekerja.
  • Susu ibu tidak berkhasiat. 
  • Susu kotor. (sebab kena perah dengan tangan. tidak di stril)
  • Susu tidak kenyang. (namapak je cair. Kenyang ke bayi minum susu je?)
  • Susu cair (memang susu ibu cair namun ia banyak khasiatnya kerana kandungannya mengikut usia bayi meningkat dan mengikut suhu sekeliling. Memang Allah dah cipta begitu. Sekiranya cuaca sejuk, makan susu yang diperah akan kelihatan lebih pekat. Begitulah sebaliknya.)
  • Tendem Nursing (menyusukan anak sulung dan anak bungsu serentak tidak salah. Tapi orang kerap katakan; 
    • takut tak cukup kalsium
    • makan makanan adik
    • anak jadi lembap
    • memberi kesan kepada ibu (boleh susukan ketika mengandung, tetapi sekiranya ibu terasa ada kelainan seperti sakit atau turun darah harus hentikan dengan nasihat doktor. Sekiranya tiada boleh meneruskan)
Program berakhir pada jam 12.00 tengahari 



Gambar2 ketika terlibat dengan SGM

Sebelah kanan saya adalah seorang kaunselor laktasi Puan Huda


Beberapa peserta yang hadir

Pose dari tepi pun ada.... hihihi
Posting by:
Wishwashere

Wednesday, February 2, 2011

CABARAN BF BAGI IBU BERKERJAYA

Semalam selesai sudah frust saya dengan sokongan keluarga, akhirnya sy bangit semula dengan bantuan rujukan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Pn Azyan Masiron www.azyanMasiron.net dengan merujuk beberapa blog dan maklumat daripada Internet. Antara yang menarik minat saya adalah melalui rujukan seperti di bawah ini:

Terima kasih Allah keranaMu ku ketemu penyelesaian masalahku yang tak seberapa ini. Terima kasih juga kepada Pn Azyan dan tak lupa kepada pemilik dan penulis Blog myangels-love.blogspot.com

Tuesday, February 1, 2011

Cabaran Exclusive BreastFeeding (BF)

Penuh cabaran kelahiran kali ini tapi saya tabahkan hati kerana saya rasakan ada insan lain yang lebih malang daripada apa yang saya alami sekarang. Dalam pada untuk memberikan breasfeeding (BF) sepenuhnya kepada bayi kali ini, macam2 pula cabaran yang perlu saya hadapi. Bayi masuk wad kerana kuning (Penyakit yang kerap berlaku selepas melahirkan- Saya cuba cari maklumat mengenainya). Semasa dia diwadkan sudah diberikan susu fomula. Bermula disinilah cabaran saya ketika tekad untuk memberikan susu ibu secara ekslusif. 

Rupanya cabaran yang paling kuat adalah cabaran daripada keluarga sendiri. Saya cuba berkongsi cerita dengan keluarga bertujuan mendapatkan support daripada mereka. Malangnya, kata-kata mereka terus menjatuhkan semangat saya untuk merealisasikan usaha ini. Terusnya saya hanya mendiamkan diri untuk tidak memajangkan cerita. 

Kadang-kala saya terfikir, saya tidak perlukan sokongan keluarga untuk menjayakan usaha ini (adakah betul?). Bolehkah saya berjaya sekiranya saya tidak berkongsi usaha ini dengan keluarga atas faktor-faktor yang di atas? Saya seperti "down" bilamana keluarga saya menekankan supaya saya memberi bayi saya dengan formula milk (FM) untuk memudahkan babysitter(BS).

Hurgh!!!!! Tension betul. Saya patut lebih banyak membaca maklumat seperti ini untuk menaikkan semula semangat saya.

Sombody...........Help me!!!!!!!!!!!!!......

VAKSIN 1 BULAN

Hari ini genap 31 hari umur Wafi jadi kena la hantar ke klinik utk mendapatkan suntikan Vaksin Hepatatis B. Pemeriksaan lain dilakukan adalah menimbang berat bayi dan ibu( Wah!!! berat mama 70.5kg). Wafi naik 0.1kg je kepada 3.7kg. Wafi diberi suntikan pada paha kanannya. Semasa wafi diperiksa oleh nurse bertugas mereka dapati Wafi masih ada tanda-tanda kuning pada mata dan tubuhnya. Jadi, kes ini harus di rujuk ke klinik di Pekan berhampiran untuk diperiksa lebih lanjut oleh doktor. Maklumlah di klinik desa ini tiada doktor bertugas buat masa ini.

Saya ditemani oleh kakak ipar membawa Wafi ke klinik bagi mendapatkan sample darah untuk dibuat ujian samaada Wafi ada masalah hati atau lain-lain penyakit. Semoga keputusannya tiada masalah dan ianya mengambil beberapa hari untuk diketahui. Kesian saya lihat bayi sekecil Wafi dicucuk jamur pada tangan halusnya. Tidak dapat darah daripada tangannya, dialihkan ke pelipat sikunya pula. Sedih dan sayu saya perhatikan nurse yang bertugas. Dalam hati tidak ada apa yang saya boleh lakukan hanya membantu memudahkan kerja nurse tersebut demi kesihatan anak saya juga.

Semoga tiada masalah apa-apa terhadap Wafi dan mama sentiasa berdoa untuk itu sayang.....


Monday, January 24, 2011

Hari Pantangku

Alhamdulillah, aku telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 31 Disember 2010 dengan berat 2.9kg jam 9.08 pagi yang mana ketika ini kandungan aku berusia 36 minggu 2 hari. Bayiku dimasukkan ke dalam wad kerana tak cukup bulan dan mukanya kelihatan lebam. Selama 4 hari aku berulang alik ke hospital bagi melihat bayiku yang terkena penyakit kuning. Terima kasih hubby kerana menemani mama menyusu adik wafi.

Aku dan suami me mutuskan menamakan bayi ke 2 kami Muhammad Wafi bin Hasli Sham.


1. Wafi masih dalam wad (siap cermin mata hijau lg tu!)


2. Wafi ku bawa pulang


3. Wafi selepas dimandikan (Terus je tido)


Hari2 melalui hari pantangku amatlah membosankan. Boleh dikatakan hari2 aku makan menu yang sama.

Mujur ada Internet boleh la dapatkan ilmu sebelum naik bekerja. Ilmu BF untuk ibu berkerjaya sepertiku.






SEDAP KAN......YUM YUM...

Friday, December 17, 2010

34 minggu

Baru masuk keja setelah 4 hari berkursus Kemahiran Kaunseling.

Seronok sangat dapat diberi peluang menyertai kursus ini. Insyallah next level akan menyusul awal tahun depan. Harap2 Kak lin dapat tarikh yang bersesuaian dengan keadaan aku yang da nk dekat bersalin ni.



Masih mood lewa2 walau ada 2-3 kerja sudah dilakukan. Sambil2 tu tengok2 forum breastfeed(BF). Untung ada laman web berkaitan untuk aku dapatkan maklumat sebanyak mungkin sebelum dapat merealisasikan matlamat aku BF utk bby this time.



Aku pun sedang merancang keperluan utk menyambut bby ke-2 ni. banyak gak la yang diperlukan utk BF nnt. Huhuhuhu hopefully success!!!!!

The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk