Monday, February 20, 2012

Didik Anak Sebelum & Selepas Tidur

1. Bersihkan diri sebelum tidur.
       i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
      ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur
     iii. Baca doa sebelum tidur.
     iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.
     ( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).
2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :

Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”


KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR
Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,

Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.
Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Ingatlah wahai saudara-saudariku…

Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.
Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?

Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.
Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,

Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak. Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur. Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.

Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.

Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.

Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.
Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.
Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

Sumber: http://www.halaqah.net/

Thursday, December 15, 2011

Am I Fail?

Semakin malas nak mengemaskini blog. Pertamanya sebab saya telah GAGAL untuk menyusukan Muhammad Wafi sehingga 2 tahun. Kenapa saya katakan gagal, kerana saya telah memberikan anak saya dengan susu formula bila saya tak mampu lagi menyediakan susu perahan untuknya. Tersangatlah sedih terpaksa membuat keputusan ini memandangkan tenaga dan kudrat saya untuk memberikan khasiat kalsium tidak mampu saya pikul lagi.

Ketika Muhammad Wafi berumur 10 bulan saya telah disahkan hamil 8 minggu dan sekarang telah mencapai 3 1/2 bulan. Walau bagaimanapun, saya masih menyusui anak saya ketika malam atau waktu hendak tidur. Jadual pam ketika di pejabat juga telah saya abaikan kerana memikirkan keletihan dan kelaparan yang akan saya tanggung sekiranya saya masih meneruskan pengepaman. Jauh di sudut hati, saya masih ingin meneruskan penyusuan ini sekiranya diizinkan Allah. Mungkin ada hikmahnya kehamilan ketiga ini yang kita tidak tahu.

Perkara yang mengembirakan saya adalah melihat Muhammad Wafi menyusu dengan puas dan berlumba-lumba dengan kakaknya Damia. Tidak mengapalah tidak menyusui dengan susu ibu sepenuhnya tetapi anak masih tetap sihat dan cerdas. Semoga saya dapat menyambung penyusuan selepas kelahiran anak ketiga ini. Tak sabar pula nak menyimpan stok EBM ketika pantang nanti. Dan saya berharap saya dapat melakukan tandem nursing selepas bersalin pada bulan 6 nanti.

Monday, October 17, 2011

Cloth Diaper Velcro baru

Alhamdulillah saya telah berjaya menambah koleksi CD baru jenis Velcro (Stripe) pula. Saya akan pastikan belian saya berbaloi. Pertama kali menerima bungkusan hati berbunga ria untuk mencuba kali pertama CD velcro ni. Saya telah memilih jenama sunny baby yang mana ketika itu ada promosi 6pcs = RM 100. Murah kan... Pemilihan adalah berdasarkan jantina bukan 'pick and choose' di laman sesawang cutiemambabystore.com melalui mudah.my. Tempoh penghantaran adalah antara 3-4 hari bermula tarikh pembelian. Pembelian ini amat berbaloi di tambah dengan kos penghantaran percuma.


Seperti biasa, sebelum menggunakan CD pada bayi, Cd perlu dicuci paling bagus 3 kali (cuci dan jemur). Sebelum menggunakannya, saya rasa ianya agak sukar memasukkan 'insert' ke dalam poket CD ditambah pula jenis kain yang tidak berkenan dihati. Tapi, belum sempat saya mencuci sehingga cucian ke 3, suami saya pula yang terlebih 'ecxited' menggunakan CD ini kerana Velcro amat mudah digunakan. Saya juga bersetuju dengannya dan kami bercadang menambah koleksi Velcro yang lain.

Tujuan saya mendapatkan CD Velcro ini adalah untuk memudahkan bs saya supaya menggunakan CD. Sebolehnya saya akan cuba menggunakan CD sepenuhnya  bagi menggantikan DD (Disposal Diaper). Selain ianya memang menjimatkan kos secara tidak langsung kita dapat menyelamatkan alam sekitar.

Sunday, October 9, 2011

OUCHHH! Bayiku mengigit


  • Sejak Muhammad Wafi mula tumbuh gigi, ada lah dalam beberapa kali B ku digigitnya. Walau telah baca beberapa petua untuk mengelakkan gigitan itu tetapi tidak juga berjaya sebabnya, bayiku gigit secara tiba-tiba. Takkan lah saya nak pukulnya... tahan je la...

    Bagaimanapun, saya ingin berkongsi beberapa petua yang saya perolehi daripada rakan BF saya Mastura atau lebih dikenali Masmarissa.

    .....
    Ramai ibu mengadu sering digigit bayi ketika menyusu dan hampir berputus asa utk meneruskan penyusuan eksklusif. bayi terutamanya yg baru sahaja memiliki gigi pertama cenderung menggigit puting ibunya ketika menyusu.Hal sedemikian dilakukannya bg mengurangkan rasa gatal dibhgn gusi. Bercerai susu bknlah jln penyelesaiannya.Jgn krn masalah kecil,kita tergamak memutuskan bekalan zat makanan yg penting utk pertumbuhan dan perkembangan otak simanja.

    Reaksi ibu mestila sentiasa tenang.jika ibu menjerit atau menolak bayi ketika mengigit,dia mungkin akan merajuk dan tidak mahu menyusu lagi.Ini boleh menjadi penyebab dia bercerai susu selain menimbulkan trauma emosi kepadanya.


    1. Alihkan bayi drpd payudara secara perlahan-lahan sambil berkata "jgnlah gigit mama sayang" atau "ibu sakitla".Walaupun ketika itu kita mungkin naik angin.
    2. Lekapkan muka bayi kearah payudara.Ini merupakan salah satu cara.Kaedah begini secara automatik akan menyesakkannya.jika anda kerap melakukan langkah ini,lama kelamaan bayi akan faham jika dia menggigit dia akan dia akan mengalami perkara ini.
    3. Ulangi langkah pertama dan kedua sekerap mungkin bg mbolehkan bayi faham dgn mesej  yg ingin kita sampaikan.jika dia berterusan menangis,masukkan jari masukkan jari kelengkeng ibu bg membolehkannya menghisap jari ibu sblm menyuskannya sekali lagi.
    4. Seharusnya diawal sesi penyusuan ibu sendiri perlu mengelakkan diri drpd gigitan bayi.Ini dpt dilakukan dgn mengenal  pasti penyebab bayi menggigit.Adakah ia berlaku krn dia kecewakrn tidak memperolehi susu yg diingininya.
    5. Diakhir penyusuan,sekali lagi dpt mengelak diri drpd digigit dgn mengetahui samada dia suka mengigit apabila sudah mengantuk krn kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas drpd mulutnya. Jadi,ibu perlu peka dan menghentikan penyusuan dr kebiasaanya.Namun,pastikan dia benar-benar sudah kenyang!
    6. Pelajari cara dan gaya bayi menghisap. jika dia masih kecil fahamila,bahawa dia masih dlm proses pembelajaran utk menyusu dgn betul.Sebetulnya ibu sendiri perlu mberikan keselesaan kpdnya ketika menyusu.Betulkan posisi ketika menyusu.
    7. Periksa dan teliti corak pernafasannya.Jika bayi anda selsema atau hidungnya tersumbat keadaan ini memberi kesan kpd cara dia menghisap dan boleh menyebabkannya menggigit.
    8. Berikan bayi sesuatu yg boleh digigitnya sebelum dan diantara waktu menyusu.gunakan teether,mainan beku ataupun tuala kecil yg telah dibekukan.Kesemuanya sgt bagus utk digunakan sbg alternatif mengelakkan diri drpd terus digigit bayi.Alat-alat ini dpt memenuhi keperluannya yg ingin  menyunyah sesuatu bg menghilangkan kegatalan gusinya.
    .....

Wednesday, October 5, 2011

1-min stimultaneous breastfeeding program

Mari libatkan diri dalam program One Minute Stimulataneous Breastfeeding


Apa yang anda perlu buat adalah:

1. Bersedia pada 9 OKTOBER 2011, AHAD
2. Mula menyusukan pada pukul 4.00 pm hingga 4.01 pm pada hari tersebut selama SATU MINIT.
3. Jangan lupa ambil gambar anda dan anak yang sedang menyertai acara ini. 
4. Email kepada saya di azurah@byc.com.my untuk dicompile dan dimajukankepada penganjur (MMPS Penang).
4. Bagi yang tiada gambar, berikan SMS bertulis "mission accomplished" diikuti nama ibu/anak kepada nombor 
012-476 0089sebaik sahaja tamat tempoh 1 minit penyusuan. (Untuk penyertaan Kelab susuibu Melaka)
5. Kami mengalu-alukan volunteer bagi yg berkemampuan merakam aktiviti secara 'live' dan sila berhubung dengan Connie Mooi di pgmmps@gmail.com.

Kemudian, tunggu notifikasi E-Certificate yang akan diberitahu oleh penganjur acara (Penang MMPS) (seperti yang pernah saya terima, di sini) sebaik sahaja ianya telah siap (penganjur mungkin mengambil masa beberapa hari untuk menyusun nama-nama peserta dalam E-certificate ini, oleh itu, harap bersabar.
CETAK dan SIMPAN untuk tatapan generasi anda, sebagai salah satu bukti aktiviti sokongan penyusuan anda di Malaysia.



Ihsan daripada Kelab Susu Ibu Melaka

Monday, October 3, 2011

Masalah pengeluaran susu

Acapkali saya menerima aduan daripada rakan-rakan pengeluaran susu mereka semakin berkurang. Walhal saya juga pernah menghadapi masalah yang sama cumanya saya tidak ambil pusing sangat. Saya terus mengepam walaupun susu yang dipam cuma dapat 4 oz satu sesi. Kebiasaanya saya akan kembali kepada asal sekiranya pengeluaran susu semakin kurang seperti saya akan melihat corak pemakanan dan minum seharian saya. Alhamdulillah 'milk booster' saya mudah didapati iaitu air suam. Saya akan pastikan saya minum banyak air suam untuk sepanjang hari bagi memastikan susu yang dipam mencukupi untuk anak saya bagi esok hari. Pastikan anda juga tidak lupa banyakkan minum air suam.

Hasil pemerahan sesi ke 2. Ini merupakan hasil yang paling banyak pernah saya dapat sejak bulan puasa yang lepas.  rahsianya: banyak minum air suam. Lihat termos merah tu, saya akan pastikan ianya sentiasa berisi dengan air suam.
Sepanjang Ekslusif penyusuan susu ibu ini saya tidak pernah membeli makanan tambahan untuk menambahkan susu saya. Saya lebih suka mendapatkan makanan yang boleh menambahkan lebih banyak susu antaranya lebihkan makan sayuran hijau, minuman bersusu seberti horlick dan milo serta air suam.

Wednesday, September 28, 2011

Syarat Anak Susuan

Saya baru terbaca pos daripada salah seorang ahli KIM di facebook. harap dapat dijadikan panduan bersama.


"23 Sep lepas, kami baru selesai Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim. Panel ini dianggotai oleh beberapa orang mufti dan ahli akademik. Dalam mesyuarat tersebut kami ada berbincang salah satu isu berkaitan penyusuan. Dan, didapati terdapat satu perkara yang perlu diperbetulkan iaitu bilangan susuan untuk disabitkan sebagai anak susuan. Bilangan susuan adalah lima kali seperti yang kita faham. TETAPI IA TIDAK MENSYARATKAN KENYANG

Ramai di kalangan masyarakat Melayu Islam memahami lima kali susuan itu perlu disertai dengan kenyang. Ini termasuklah para asatizah seperti saya. Sedangkan tiada mana-mana kitab muktabar yang menyebutkan 'musybi`at' iaitu kenyang sebagai syarat. Cukup seorang bayi itu minum sebanyak lima kali, bayi tersebut akan menjadi anak susuan. Jadi saya nak mohon maaf atas kesalahan maklumat yang disampaikan dalam kedua-dua set soalan yang diajukan."

The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk