Alhamdulillah saya telah berjaya menambah koleksi CD baru jenis Velcro (Stripe) pula. Saya akan pastikan belian saya berbaloi. Pertama kali menerima bungkusan hati berbunga ria untuk mencuba kali pertama CD velcro ni. Saya telah memilih jenama sunny baby yang mana ketika itu ada promosi 6pcs = RM 100. Murah kan... Pemilihan adalah berdasarkan jantina bukan 'pick and choose' di laman sesawang cutiemambabystore.com melalui mudah.my. Tempoh penghantaran adalah antara 3-4 hari bermula tarikh pembelian. Pembelian ini amat berbaloi di tambah dengan kos penghantaran percuma.
Seperti biasa, sebelum menggunakan CD pada bayi, Cd perlu dicuci paling bagus 3 kali (cuci dan jemur). Sebelum menggunakannya, saya rasa ianya agak sukar memasukkan 'insert' ke dalam poket CD ditambah pula jenis kain yang tidak berkenan dihati. Tapi, belum sempat saya mencuci sehingga cucian ke 3, suami saya pula yang terlebih 'ecxited' menggunakan CD ini kerana Velcro amat mudah digunakan. Saya juga bersetuju dengannya dan kami bercadang menambah koleksi Velcro yang lain.
Tujuan saya mendapatkan CD Velcro ini adalah untuk memudahkan bs saya supaya menggunakan CD. Sebolehnya saya akan cuba menggunakan CD sepenuhnya bagi menggantikan DD (Disposal Diaper). Selain ianya memang menjimatkan kos secara tidak langsung kita dapat menyelamatkan alam sekitar.
Monday, October 17, 2011
Sunday, October 9, 2011
OUCHHH! Bayiku mengigit
- Sejak Muhammad Wafi mula tumbuh gigi, ada lah dalam beberapa kali B ku digigitnya. Walau telah baca beberapa petua untuk mengelakkan gigitan itu tetapi tidak juga berjaya sebabnya, bayiku gigit secara tiba-tiba. Takkan lah saya nak pukulnya... tahan je la...
Bagaimanapun, saya ingin berkongsi beberapa petua yang saya perolehi daripada rakan BF saya Mastura atau lebih dikenali Masmarissa.
.....Ramai ibu mengadu sering digigit bayi ketika menyusu dan hampir berputus asa utk meneruskan penyusuan eksklusif. bayi terutamanya yg baru sahaja memiliki gigi pertama cenderung menggigit puting ibunya ketika menyusu.Hal sedemikian dilakukannya bg mengurangkan rasa gatal dibhgn gusi. Bercerai susu bknlah jln penyelesaiannya.Jgn krn masalah kecil,kita tergamak memutuskan bekalan zat makanan yg penting utk pertumbuhan dan perkembangan otak simanja.
Reaksi ibu mestila sentiasa tenang.jika ibu menjerit atau menolak bayi ketika mengigit,dia mungkin akan merajuk dan tidak mahu menyusu lagi.Ini boleh menjadi penyebab dia bercerai susu selain menimbulkan trauma emosi kepadanya.
- Alihkan bayi drpd payudara secara perlahan-lahan sambil berkata "jgnlah gigit mama sayang" atau "ibu sakitla".Walaupun ketika itu kita mungkin naik angin.
- Lekapkan muka bayi kearah payudara.Ini merupakan salah satu cara.Kaedah begini secara automatik akan menyesakkannya.jika anda kerap melakukan langkah ini,lama kelamaan bayi akan faham jika dia menggigit dia akan dia akan mengalami perkara ini.
- Ulangi langkah pertama dan kedua sekerap mungkin bg mbolehkan bayi faham dgn mesej yg ingin kita sampaikan.jika dia berterusan menangis,masukkan jari masukkan jari kelengkeng ibu bg membolehkannya menghisap jari ibu sblm menyuskannya sekali lagi.
- Seharusnya diawal sesi penyusuan ibu sendiri perlu mengelakkan diri drpd gigitan bayi.Ini dpt dilakukan dgn mengenal pasti penyebab bayi menggigit.Adakah ia berlaku krn dia kecewakrn tidak memperolehi susu yg diingininya.
- Diakhir penyusuan,sekali lagi dpt mengelak diri drpd digigit dgn mengetahui samada dia suka mengigit apabila sudah mengantuk krn kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas drpd mulutnya. Jadi,ibu perlu peka dan menghentikan penyusuan dr kebiasaanya.Namun,pastikan dia benar-benar sudah kenyang!
- Pelajari cara dan gaya bayi menghisap. jika dia masih kecil fahamila,bahawa dia masih dlm proses pembelajaran utk menyusu dgn betul.Sebetulnya ibu sendiri perlu mberikan keselesaan kpdnya ketika menyusu.Betulkan posisi ketika menyusu.
- Periksa dan teliti corak pernafasannya.Jika bayi anda selsema atau hidungnya tersumbat keadaan ini memberi kesan kpd cara dia menghisap dan boleh menyebabkannya menggigit.
- Berikan bayi sesuatu yg boleh digigitnya sebelum dan diantara waktu menyusu.gunakan teether,mainan beku ataupun tuala kecil yg telah dibekukan.Kesemuanya sgt bagus utk digunakan sbg alternatif mengelakkan diri drpd terus digigit bayi.Alat-alat ini dpt memenuhi keperluannya yg ingin menyunyah sesuatu bg menghilangkan kegatalan gusinya.
.....
Wednesday, October 5, 2011
1-min stimultaneous breastfeeding program
Mari libatkan diri dalam program One Minute Stimulataneous Breastfeeding
Apa yang anda perlu buat adalah:
1. Bersedia pada 9 OKTOBER 2011, AHAD
2. Mula menyusukan pada pukul 4.00 pm hingga 4.01 pm pada hari tersebut selama SATU MINIT.
3. Jangan lupa ambil gambar anda dan anak yang sedang menyertai acara ini.
4. Email kepada saya di azurah@byc.com.my untuk dicompile dan dimajukankepada penganjur (MMPS Penang).
4. Bagi yang tiada gambar, berikan SMS bertulis "mission accomplished" diikuti nama ibu/anak kepada nombor 012-476 0089sebaik sahaja tamat tempoh 1 minit penyusuan. (Untuk penyertaan Kelab susuibu Melaka)
5. Kami mengalu-alukan volunteer bagi yg berkemampuan merakam aktiviti secara 'live' dan sila berhubung dengan Connie Mooi di pgmmps@gmail.com.
Kemudian, tunggu notifikasi E-Certificate yang akan diberitahu oleh penganjur acara (Penang MMPS) (seperti yang pernah saya terima, di sini) sebaik sahaja ianya telah siap (penganjur mungkin mengambil masa beberapa hari untuk menyusun nama-nama peserta dalam E-certificate ini, oleh itu, harap bersabar.
CETAK dan SIMPAN untuk tatapan generasi anda, sebagai salah satu bukti aktiviti sokongan penyusuan anda di Malaysia.
Ihsan daripada Kelab Susu Ibu Melaka

Monday, October 3, 2011
Masalah pengeluaran susu
Acapkali saya menerima aduan daripada rakan-rakan pengeluaran susu mereka semakin berkurang. Walhal saya juga pernah menghadapi masalah yang sama cumanya saya tidak ambil pusing sangat. Saya terus mengepam walaupun susu yang dipam cuma dapat 4 oz satu sesi. Kebiasaanya saya akan kembali kepada asal sekiranya pengeluaran susu semakin kurang seperti saya akan melihat corak pemakanan dan minum seharian saya. Alhamdulillah 'milk booster' saya mudah didapati iaitu air suam. Saya akan pastikan saya minum banyak air suam untuk sepanjang hari bagi memastikan susu yang dipam mencukupi untuk anak saya bagi esok hari. Pastikan anda juga tidak lupa banyakkan minum air suam.
Wednesday, September 28, 2011
Syarat Anak Susuan
Saya baru terbaca pos daripada salah seorang ahli KIM di facebook. harap dapat dijadikan panduan bersama.
"23 Sep lepas, kami baru selesai Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim. Panel ini dianggotai oleh beberapa orang mufti dan ahli akademik. Dalam mesyuarat tersebut kami ada berbincang salah satu isu berkaitan penyusuan. Dan, didapati terdapat satu perkara yang perlu diperbetulkan iaitu bilangan susuan untuk disabitkan sebagai anak susuan. Bilangan susuan adalah lima kali seperti yang kita faham. TETAPI IA TIDAK MENSYARATKAN KENYANG
Ramai di kalangan masyarakat Melayu Islam memahami lima kali susuan itu perlu disertai dengan kenyang. Ini termasuklah para asatizah seperti saya. Sedangkan tiada mana-mana kitab muktabar yang menyebutkan 'musybi`at' iaitu kenyang sebagai syarat. Cukup seorang bayi itu minum sebanyak lima kali, bayi tersebut akan menjadi anak susuan. Jadi saya nak mohon maaf atas kesalahan maklumat yang disampaikan dalam kedua-dua set soalan yang diajukan."

Tuesday, September 13, 2011
PERBELANJAAN PENYUSUAN IBU
Saya ada terbaca beberapa post di Facebook mengutarakan "besar ke belanja menyusukan anak dengan susu ibu?", "belanja susu ibu dan susu formula macam sama banyak je?". Saya cuba-cuba mengingat kembali perbelanjaan saya sepanjang menjadi Exclusive breasfeeding (EBF) mummy. Tak susah mana pun sebab saya banyak beli barangan online, hanya buka melalui akaun dapatlah saya tengok semula berapa perbelanjaan yang telah saya keluarkan.
Dalam pengiraan saya (yang saya ingat) jumlah perbelanjaan saya sehingga 8 bulan menyusukan anak ini adalah RM1038.46. Mahal kan? baru perasan, takpe untuk anakku. Perbelanjaan ini termasuklah Bra penyusuan, botol dan plastik menyimpan susu, Ice pack (saya tidak beli pakej), pam elektrik dan pam manual. Cooler bag saya guna beg serbaguna yang saya dapatkan daripada kakak saya. Bag pack, saya guna bag sandang yang diberikan organisasi tempat saya bekerja. Bagi saya, selagi ianya masih elok untuk digunakan saya tidak akan membeli beg yang baru. Alhamdulillah sehingga kini saya tidak membelanjakan duit untuk membeli susu formula setiap bulan.
Saya ada membuat kiraan secara kasa sekiranya kita memberi anak kita susu formula. berikut adalah kiraan kasar saya:
Saya anggarkan belian susu yang murah macam Dumex bagi sebulan (tidak dikira sekiranya susu cepat abis. Bila umur bayi meningkat, semakin banyak bayi meminum susu)
RM22.00 x 3 = RM66.00 (Kat rumah - 1 bungkus. Kat nursery/ pengasuh 1 bungkus)
RM66 x 24 bulan = RM1,584.00
Dianggarkan pembelian susu formula adalah sebanyak RM1,584.00 paling minimum untuk bayi sehingga berumur 2 tahun dan saya percaya perbelanjaan ini lebih tinggi daripada harga yang saya kira ini.

![]() |
| Beg pack ku.Huhuhuh serba ringkas and sempoi. |
Kita janganlah ikut orang lain. Orang lain beli deep freezer kita pun sibuk nak beli. Bak kata pepatah "Ukur baju pada badan sendiri".
Thursday, August 25, 2011
yeay.... saya dah dapat
One Minute ‘Virtual’ Simultaneous BreastfeedingProgram dianjurkan oleh Penang Mother-to-Mother Peer Support (MMPS)
kesemua peserta adalah seramai 207 ibu yang menyusukan anak pada jam 3.00 petang.
Penyertaan pertama saya dalam Breastfeeding....
Subscribe to:
Comments (Atom)