Semakin malas nak mengemaskini blog. Pertamanya sebab saya telah GAGAL untuk menyusukan Muhammad Wafi sehingga 2 tahun. Kenapa saya katakan gagal, kerana saya telah memberikan anak saya dengan susu formula bila saya tak mampu lagi menyediakan susu perahan untuknya. Tersangatlah sedih terpaksa membuat keputusan ini memandangkan tenaga dan kudrat saya untuk memberikan khasiat kalsium tidak mampu saya pikul lagi.
Ketika Muhammad Wafi berumur 10 bulan saya telah disahkan hamil 8 minggu dan sekarang telah mencapai 3 1/2 bulan. Walau bagaimanapun, saya masih menyusui anak saya ketika malam atau waktu hendak tidur. Jadual pam ketika di pejabat juga telah saya abaikan kerana memikirkan keletihan dan kelaparan yang akan saya tanggung sekiranya saya masih meneruskan pengepaman. Jauh di sudut hati, saya masih ingin meneruskan penyusuan ini sekiranya diizinkan Allah. Mungkin ada hikmahnya kehamilan ketiga ini yang kita tidak tahu.
Perkara yang mengembirakan saya adalah melihat Muhammad Wafi menyusu dengan puas dan berlumba-lumba dengan kakaknya Damia. Tidak mengapalah tidak menyusui dengan susu ibu sepenuhnya tetapi anak masih tetap sihat dan cerdas. Semoga saya dapat menyambung penyusuan selepas kelahiran anak ketiga ini. Tak sabar pula nak menyimpan stok EBM ketika pantang nanti. Dan saya berharap saya dapat melakukan tandem nursing selepas bersalin pada bulan 6 nanti.