Perahan susu semasa bekerja 3 sesi perahan. Ketika ini saya tak bersahur dan berpuasa sepanjang hari. Alhamdulillah berjaya dapat seperti dalam gambar. (jangan amalkan - so tired......) |
Berikut adalah tips-tips yang saya perolehi daripada http://www.facebook.com/kump.Ibu2 Menyusukan
1 - by; Mummycare Liza
1) jangan skip sahur - makan nasi/karbohidrat
2)minum byk air masa berbuka dan bersahur
3)amalkan mkn kurma semasa bersahur, berbuka dan sebelum tidur
4) untuk ganti puasa boleh mulakan lebih awal, seminggu 2 kali, Isnin dan khamis (dua hari ni kan sunat berpuasa) tapi jangan puasa pada waktu or hari yang diharamkan berpuasa ya
2 - by; reiko sulman
1) jgn skip sahur & mkn makanan yg berat
2) byk2 minum air time berbuka & bersahur
3) adjust sikit time pumping.... tambah jumlah pumping pd waktu mlm
4) berbuka dgn minuman & makanan yg manis... sebab die merangsang minda kte yg dah letih... so, bile kte segar production susu akan bertambah...
3 - by; Es Naina
1) sama juga ngn yg ats, jgn skip sahur - mkn nasi (jgn pk diet sgt)..
2) minum air dgn bnyk..terutama air kosong..sangat membantu (jgn biar perut kosg d mlm hari).
3) wpun tak makan/minum siang hari, jgn skip pumping..
4) mindset sentiasa positif. jgn pk susu akan merudum..tp cekalkan azam insyalh bekalan maintain.
p/s smlm bru gnti posa alhmdlh selamat hehehehe
4 - by : Miemy Amin
1) makan makanan yg berat time sahur n fruit. nasi itu wajib!
2) minum susu,milo,horlicks 2 gelas sehari. time sahur n buka puasa.
3) even berpuasa, pastikan kita still minum 8gelas atau lebih air masak dalam sehari.
4) time niat tu,berdoalah sikit mintak dipermudahkan supaya bekalan susu tetap cukup untuk anak tercinta,insyaALLAH...harap membantu!! :)
5) - by : Masmarissa Ciut
Para ibu yg menyusukan anak digalakkan agar menjaga pemakanan semasa dibulan puasa.Walaubagaimanapun kita tetap perlu kerap menyusukan anak agar penghasilan susu yg lancar tetap diteruskan.Saranan maknanan berikut mungkin dpt mbantu menambah susuibu
- Makanan mengandungi vitamin B spt kekacang dll.
- Kurma,mkn begitu saja atau dihancurkan sedikit dan dimasukkan kedlm susu panas
- Lobak putih / peria -boleh dijadikan sbg jus atau sup
- Oat - dijadikan minuman,bubur atau salutan pd makanan
- Longan - boleh dijadikan minuman
- Halba - dimkn begitu saja,direndam dlm air mendidih/masukkan didlm masakan
- Pucuk Manis - dibuat masak lemak
- Pucuk Pegaga - dijadikan ulam atau jus
- Air soya produk tenusu tauhu,tempe
- Barli
- Habbatus sauda/jintan
6)
Tips Menyusu dan berpuasa
by MummyMaira Wardrobe on Sunday, 03 July 2011 at 11:25
Persediaan untuk berpuasa
Sedar tak sedar tak sampai 2 bulan kita akan menyambut Ramadhan. Ramai yang dalam mood mengganti puasa sekarang ni. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan dan keupayaan untuk berpuasa. Bagi ibu-ibu yang menyusu, mereka merasakan perlu membuat backup stok yang banyak kerana khuatir production susu akan terjejas. Tak kurang juga, yang bertanya, apa vitamin tambahan yang diperlukan untuk support badan dan susu ketika berpuasa.
Persediaan Mental dan Rohaniah
Baru-baru nak puasa memang badan pada tahap nak biasakan diri. Bagi kebanyakkan orang akan rasa lapar dan dahaga terutama pada hari pertama. Jadi, wajib kita mendekatkan diri dengan Allah supaya sentiasa tenang dan sabar menjalani ibadah berpuasa ini
-pelihara solat wajib
-berjinak-jinak dengan solat sunat seperti dhuha kerana
banyak rahmatnya
-dibulan puasa of couse la terawih walaupun hanya dirumah.
-basahi lidah dengan zikir
-kurangkan bercakap perkara sia-sia
Persediaan Fizikal
Walaupun ketika berpuasa, tubuh badan kita akan tetap menjalankan fungsi2 asas cuma kilang memproses makanan,rehatlah sesi siangnya. Keperluan asas badan adalah air, sumber protein,karbohidarat, lemak untuk sumber tenaga dan vitamin sebagai pelengkap nutirien dan menjana aktiviti badan. Jadi semasa berbuka puasa pastikan anda mengambil makanan seimbang dan kaya serat. Sepanjang malam dan sehinggalah ke sahur, kerapkan minum air kosong untuk bekalan hari esok juga.
No comments:
Post a Comment