Tuesday, November 6, 2012

Waiting for FS a.k.a MEDELA FREESTYLE

Lama tol tak mencoret... aritu line tak berapa bagus kat tmpt keja ni... Alamak! byk pulak short form yang saya taip ni...macam tulis kat FB plak...

Back to my topic. Kegilaan untuk mendapatkan pam terbaik akhirnya akan termakbul! Alhamdulillah, baru je habis payment installment FS. Almaklumlah bulan nih gaji masuk awal...kena sattle awal2 takut2 duit ke lain pulak. 3x je bayar insyallah akan dapat bulan Disember nanti. Mujur ada orang yang tengah sambung belajar nak offer FS harga standard (kot?). Tunggu orang tu balik UK then she will send to me by hand....wakakaka tak sabar tol!!!!

Anyway, saya ada gak iklan FS main kutu kat kakak ipar saya... yang ni bulan-bulan kena bayar RM250.00 selama 6 bulan. Boleh refer Periwinkle Entreprise. Saya punya RM450.00 sebulan selama 3 bulan (merana sket la).Thank you Kinah!

Ini gambar FS saya...dalam kotak lagi...
Saya punya FS yang dalam kotak bungkusan.

Sunday, March 4, 2012

Kaedah berpantang

Setelah sekian lama menyepikan diri dalam dunia blog, kini saya kembali. Mungkin bukan Ilmu penyusuan yang akan saya kupas hari ini tetapi adalah persiapan bagi ibu-ibu yang akan bersalin.
Semoga dapat memberI manfaat kepada kita semua.

Alhamdulillah ketemu kaedah berpantang daripada blog seorang ibu berkerjaya. Terima kasih atas sumbangan maklumat ini. Cuma saya ada meng'edit' sedikit mengikut pengalaman kawan-kawan yang lain.

Tertib Berpantang dari Pagi – Malam Selama 44 hari
Sebelum mandi (jam 6.00 pagi)
  • Bertungku selama 30- 45 minit
  • Proses bertungku dilakukan sambil berbaring 
  • Tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada )
  • Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
Nota: BERTUNGKU
         Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Biasanya tungku diperbuat daripasda besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.
          Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau  daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.         
          Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

 Mandi (dengan air suam - pastikan mandi selewat-lewatnya 8 am)
  •  Cuci luka dengan air suam / air akar kayu
  •  Teruskan mandi dengan menyiram air dari kepala (basahkan rambut)
¯ Pegang hujung rambut dan baca selawat 3 kali dan titiskan air di kedua-dua mata.
  •  Selesai mandi

Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi, daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai, daun bonglai, daun mengkudu dan rempah halba. 

Bertangas(Selepas mandi)
  • Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh.
  • Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan proplase ( keluar tombong ). 
  • Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain. Kawan saya mencadangkan buah manjakani dan asam gelugur direbus dan bertangas paling kurang 5 minit.

 Persiapan sebelum berurut
·         Keringkan badan
·         Sapukan ubat kuning / majakani di bahagian luka dan pakailah tuala wanita
·         Pakailah kain batik dan baju kemeja yang besar
·         Tunggu untuk berurut

 Persiapan selepas berurut
·         Pakai bedak sejuk di muka
·         Pakai pilis di atas dahi
·         Pakai bedak panas di seluruh badan
·         Pakai minyak perut disekeliling perut dan pinggul
·         Pakai kain batik dan selepas itu lilit bengkung

  Minum Pagi
·         Makan pil yang diberi oleh doktor
·         Makan jamu pil
·         Makan jamu serbuk (bancuh dengan air asam jawa) – 1 cawan
·         Minum susu tepung / milo
·         Makan nasi bersama hidangan untuk ibu-ibu di dalam pantang

Nota: BERTASAK

Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan. Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan. Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut, dua kali sehari pagi dan petang. Setiap tiga hari, bahan berlainan digunakan. Caranya, bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat, dicampur setengah cawan air, ditapis dan diminum.

 Pada hari pertama hingga ketiga, segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma, garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum. Pada hari keempat hingga keenam, gunakan segenggam daun senduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan. Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan, bahannya adalah  5 cm kunyit iaitu Curcuma domestica, garam jantan dan 1/2 camca teh lada hitam (Piper nigrum).

 Makan Tengahari
·         Makan pil yang diberi oleh doktor
·         Makan jamu pil
·         Minum air kosong
·         Makan nasi bersama hidangan untuk ibu-ibu di dalam pantang

NotaMINUM AIR AKAR KAYU
Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional. Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.

Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan. Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.

 Minum Petang
·         Minum susu tepung / milo
·         Roti / biskut

 Mandi (dengan air suam - pastikan mandi sebelum waktu maghrib)
·         Cuci luka dengan air suam / air akar kayu
·         Teruskan mandi dengan menyiram air dari kepala (basahkan rambut)
¯ Pegang hujung rambut dan baca selawat 3 kali dan titiskan air di kedua-dua mata.
·         Selesai mandi

 Persiapan selepas mandi
·         Pakai bedak sejuk di muka
·         Pakai pilis di atas dahi
·         Pakai bedak panas/ param di seluruh badan
·         Pakai minyak perut disekeliling perut dan pinggul
·         Pakai kain batik dan selepas itu lilit bengkung

 Makan Malam
·         Makan pil yang diberi oleh doktor
·         Makan jamu pil
·         Minum air kosong
·         Makan nasi bersama hidangan untuk ibu-ibu di dalam pantang


NOTA
 Hendaklah berbengkung dengan betul / ketat sepanjang 24 jam (Menghindarkan perut buncit)
 Jangan tidur baring ( ditakuti darah putih naik ke kepala )
 Tidur hendaklah dengan duduk dan bersandar serta berlunjur
 Jangan tidur di siang hari ( muka akan jadi bengkak / sembab )
 Jangan keluar rumah umpama berjalan-jalan (muka akan tidak berseri kerana kena angin luar)
 Jaga bahagian bawah yang luka dengan teliti agar tidak koyak kembali
 Jalan dengan perlahan – lahan , lebih – lebih lagi jika hendak turun naik tangga ( Peranakan akan jatuh semula jika kita berjalan dengan laju )
 Elakkan makan – makanan yang hanyir / berbau ( Darah kotor yang keluar dan peluh badan akan berbau busuk )
 Jangan mengangkat benda – benda berat ( Urat kita akan tegang dan angin akan cepat masuk )
 Ikat rambut kebelakang dan dibahagian atas dengan ketat ( Urat kepala & muka akan menjadi tegang – Awet muda )
 Buang air dengan duduk berlutut dan tumit dibahagian belakang


Kredit kepada :-Natalis post natal & confinement care service dan Ibu Urban

Monday, February 20, 2012

Didik Anak Sebelum & Selepas Tidur

1. Bersihkan diri sebelum tidur.
       i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
      ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur
     iii. Baca doa sebelum tidur.
     iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.
     ( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).
2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :

Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”


KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR
Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,

Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.
Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Ingatlah wahai saudara-saudariku…

Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.
Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?

Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.
Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,

Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak. Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur. Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.

Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.

Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.

Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.
Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.
Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

Sumber: http://www.halaqah.net/

The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk