Tuesday, May 18, 2010

Damia demam

Malam tadi Damia meragam sikit. Aku bagi dia makan bubur, tapi dia cuma makan sedikit saja. Badannya sedikit panas dan dia asyik merengek2 manja. Kasihan aku melihatnya. Mungkin keletihan bermain di siang hari bersama Raudah (Anak pengasuhku)- sangkaku. Aku mengurut badannya perlahan. Begitu juga abahnya. Aku urut di sebelah kanan, Abahnya urut di sebelah kiri. Begitu selesa Damia sehinggakan dia terlelap(hihihi).

Lebih kurang sejam Damia tidur, sedang aku asyik menonton video klip Adamaya, tiba-tiba Damia menangis dari dalam bilik. Aku menjengahnya untuk memujuknya dan aku dapat rasakan badannya yang hangat tidak seperti selalu. Mungkin nak demam tu yang dia asyik merengek2. Aku ukur suhu badannya. Ternyata melebihi suhu biasa iaitu 37.9 darjah celcius. segera kami berikan ubat demam yang masih berbaki. Dalam demam2 begini pun Damia masih ligat bermain sehingga jam 10.30pm baru dia terlena.

Pagi ni, kami menghantar Damia ke Klinik Pakar untuk dibuat pemeriksaan. Ternyata merah di tekaknya asbab dia demam. Doktor berikan ubat antibiotik untuk dihabiskan dan tak lupa jugak ubat demam. Aku hubungi mak bercerita mengenai Damia. Mak cakap budak nak upah sebab nak berakal. Hihihihi. Ada plak istilah tu... Anyway satu fasa baru bagi Damia sejak melangkah setahun 2 bulan. semoga Damia menjadi anak yang solehah dan pintar Dunia dan Akhirat. Doa Mama dan Abah sentiasa untuk Damia. Semoga cepat sembuh hendakNya. Amin....

No comments:

Post a Comment


The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk