Tuesday, May 18, 2010

UPTOWN MITC



Pada hari Ahad (9 Mei 2010) yang lepas aku dan suami serta anakku berjalan-jalan ke MITC, Ayer Keroh untuk melihat keadaan sebenar Uptown MITC yang sedang diperkatakan sekarang. Keadaan tidaklah segempak Uptown di Bandar Melaka, tetapi barangan yang dijual agak murah berbanding yang terdapat di pasaran. Peniaga yang terdapat disitu juga tidak banyak lagi. Mungkin masih baru lagi dan pengunjung pun tidak sesak.

Malangnya aku tak sempat mengmbil gambar untuk dikongsi bersama di sini. Kami 3 beranak berjalan-jalan melihat-lihat dahulu kedai2 yang menarik. Nanti gaji dah masuk boleh la kunjung lagi untuk beli apa yang patut.

Kami sempat berkenalan dengan juruujual kasut crocs dan Hubby belikan aku sepasaang crocs hitam untukku. Syoknya. Damia je tak dapat apa2. (nanti mama belikan lain kali). Singgah dikedai perhiasan hubby beli perfume paradise. Satu untuknya dan satu untukku. Damia? alahai cian anakku ini. mujur tak berakal lagi.

Melihat orang2 berniaga membuatkan aku rasa seronok sekiranya mempunyai masa untuk melakukan seperti mereka. Bagaimanapun, perancangan berniaga ni sentiasa berada di mindaku. Aku akan usaha untuk merealisasikan perancanganku ini.

Meninggalkan Uptown MITC jam 10.15 malam yang masih dikunjungi orang ramai(walaupun tak berapa ramai). Pandanganku dan suami untuk first time berkunjung amatlah positif dan kami berharap dapat berkunjung kembali. Insyallah pada masa akan datang akanku paparkan gambar suasana Uptown MITc itu.




No comments:

Post a Comment

The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk