Monday, June 27, 2011

SGM JUN 2011: PENYUSUAN KETIKA TEMPOH BERPANTANG


Alkisahnya, saya tidak dapat hadir ke SGM kali ini. terasa rugi rasanya. Bagaimanapun, hasil berhubung dengan peserta SGM kali ini saya peroleh input pada hari tersebut daripada Pn Yati Aris




SGM June 2011 kita membincangkan penyusuan dalam masa berpantang. Tidak semua orang waktu berpantang adalah waktu yg selesa. Byk halangan yg terpaksa dihadapi waktu berpantang. SGM kali ni kita banyak share masalah yg dihadapi dalam berpantang supaya di masa akan datang kita dapat mengatasinya atau boleh juga dijadikan panduan buat kawan-kawan atau sedara mara kita.

Permasalah yg pertama:
-ibu atau ibu mertua yang kurang mendapat pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu dan penyimpanan susu ibu. di masa ini susu ibu dapat dijadikan EBM di mana ibu atau ibu mertua kurang yakin kita dapat menghasilkan susu utk cucu-cucu mereka.

Penyelesaian:
-cuba educate ibu atau ibu mertua berkenaan penyusuan susu ibu.mulakan dengan educate orang terdekat iaitu suami supaya suami dapat menyokong kita sepanjang masa berpantang sehingga habis pantang.

Permasalahan ke dua:
-susu yg keluar tidak banyak waktu berpantang…ini mungkin kerana tidak pam, tidak menyusukan baby dengan kerap atau tidak urut breast.

Penyelesaian:
-cuba kerapkan penyusuan baby supaya breast dapat distimulatekan. Pam supaya dapat mengosongkn breast kerana konsep breastfeeding ‘Demand and Supply’. 

Permasalahan ke tiga:
-kurang pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu. Ada di kalangan ibu2 yg baru melahirkan anak tidak mendapat pendedahan mengenai penyusuan susu ibu maka mereka tidak tahu membeli pam yg bersesuaian dan tidak membuat stok utk anak.

Penyelesaian:
-lebih pendedahan menerusi internet dan laman-laman web yang berkaitan. Jadikan pam susu salah satu barang yg perlu dibeli sebelum bersalin selain dari barang baby. Pam ini akan berguna sekiranya hendak membuat stok susu anak.

Permasalah ke empat:
-stok susu lambat dibuat. Ada ibu-ibu yang membuat stok susu 2 minggu sebelum naik kerja dan ada juga yg membuat stok susu selepas naik kerja.

Penyelesaian:
-stok susu harus dibuat bila-bila masa. Tiada waktu yang tertentu. Selepas baby menyusu bole pam supaya breast dapat dikosongkan.



Permasalahan ke lima:
-Pemberian air masak atau makanan tambahan.

Penyelesaian:
-Air masak tidak perlu diberi kepada baby kerana komposisi susu ibu lebih air dan makanan 

tambahan perlu diperkenalkan pada umur 6 bulan.


Permasalahan ke enam (tambahan saya)
Bayi selalu menangis dan meragam ketika dalam pantang


Penyelesaian
Bayi mungkin perlukan perhatian ibu. Jadi ibu perlulah belai dan peluk bayi sekiranya bayi kuat meragam. Mungin bayi juga rasa tidak selamat apabila keluar dari perut ibunya, itu yang dia asyik menangis dan perlukan perhatian. Mungkin ibu penat sedikit kerana terpaksa melayan bayi. Bukan hanya memberikan susu semata2. Itu yang ada org ckp bayi tu lapar tu tak cukup susu. Tidak semestinya bayi menangis tanda ianya lapar. Ada banyak sebab untuk dimenangis dan perlukan perhatian ibu yang menjadi pelindungnya selama 9 bulan 10 hari selama ini. Jika tidak berjaya dapatkan Kumpulan sokongan penyusuan susu ibu.

1 comment:

  1. Ye memang setuju sgt dgn point no 1. Ibu mertua memang tak paham, atau pun buat2 tak paham. Tau la sayangkan cucu dia, tapi duk pressure na asyik ckp baby tak cukup susu je tiap2 kali baby nangis..ada ke patut? Nasib la si suami back up, kalau tak..rase nk pecah otak nih.. Aqilah nangis sikit je, dia dh kelam kabut suh sumbat susu..aduiii la. pas ni bersalin anak no 2, dah abis pantang baru kasi tau satu dunia yg dah bersalin baby baru..ok tak? hahahah no pressure!

    ReplyDelete


The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk