Wednesday, June 1, 2011

Stok EBM Mei lepas

 Setakat ini begitu la stok EBM Muhammad Wafi(tonggang-langgang). Bahagian bawah saya letakkan ayam dan makanan beku yang lain.

Tahu tak, plastik beras tu untuk apa? Saya tutup stok EBM untuk elakkan suhu sejuk daripada keluar. Tak tahu betul atau tak. Saya cuma ikut logik akal saja.

Stok EBM di simpan dalam keadaan leper untuk menjimatkan ruang. Almaklum la ini sahaja peti yang saya ada. Nak beli deep fridge tak mampu lagi. Lagipun saya belum mencapai tahap pengumpul EBM yang tegar. Cukup la untuk Wafi dalam sebulan ini.

Addition picture.

First picture of me with Wafi while nursing.
Posted by:
Wishwashere

No comments:

Post a Comment


The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk