Dalam pengiraan saya (yang saya ingat) jumlah perbelanjaan saya sehingga 8 bulan menyusukan anak ini adalah RM1038.46. Mahal kan? baru perasan, takpe untuk anakku. Perbelanjaan ini termasuklah Bra penyusuan, botol dan plastik menyimpan susu, Ice pack (saya tidak beli pakej), pam elektrik dan pam manual. Cooler bag saya guna beg serbaguna yang saya dapatkan daripada kakak saya. Bag pack, saya guna bag sandang yang diberikan organisasi tempat saya bekerja. Bagi saya, selagi ianya masih elok untuk digunakan saya tidak akan membeli beg yang baru. Alhamdulillah sehingga kini saya tidak membelanjakan duit untuk membeli susu formula setiap bulan.
Saya ada membuat kiraan secara kasa sekiranya kita memberi anak kita susu formula. berikut adalah kiraan kasar saya:
Saya anggarkan belian susu yang murah macam Dumex bagi sebulan (tidak dikira sekiranya susu cepat abis. Bila umur bayi meningkat, semakin banyak bayi meminum susu)
RM22.00 x 3 = RM66.00 (Kat rumah - 1 bungkus. Kat nursery/ pengasuh 1 bungkus)
RM66 x 24 bulan = RM1,584.00
Dianggarkan pembelian susu formula adalah sebanyak RM1,584.00 paling minimum untuk bayi sehingga berumur 2 tahun dan saya percaya perbelanjaan ini lebih tinggi daripada harga yang saya kira ini.
Beg pack ku.Huhuhuh serba ringkas and sempoi. |
Kita janganlah ikut orang lain. Orang lain beli deep freezer kita pun sibuk nak beli. Bak kata pepatah "Ukur baju pada badan sendiri".
Asalnya mmg xfikir sgt pasal perbelanjaan ni. tp byk kali gak tgk post kat FB pasal costing penyusuan. tu yang tergerak mengira2 tu...
ReplyDeleteSaya pon tak pernak terpk pasal perbelanjaan BF. Lagipon, apa sgt la dibandingkan dengan khasiat SI tu....lagipon, perbelanjaan tu sekali ajer, dan boleh digunakan untuk anak yg seterusnya.....kan kan kan....apa2pon, tepuk dada tanya selera...(note: saya pon takder deep freezer gak...hehehhee)
ReplyDelete