Wednesday, September 28, 2011

Syarat Anak Susuan

Saya baru terbaca pos daripada salah seorang ahli KIM di facebook. harap dapat dijadikan panduan bersama.


"23 Sep lepas, kami baru selesai Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim. Panel ini dianggotai oleh beberapa orang mufti dan ahli akademik. Dalam mesyuarat tersebut kami ada berbincang salah satu isu berkaitan penyusuan. Dan, didapati terdapat satu perkara yang perlu diperbetulkan iaitu bilangan susuan untuk disabitkan sebagai anak susuan. Bilangan susuan adalah lima kali seperti yang kita faham. TETAPI IA TIDAK MENSYARATKAN KENYANG

Ramai di kalangan masyarakat Melayu Islam memahami lima kali susuan itu perlu disertai dengan kenyang. Ini termasuklah para asatizah seperti saya. Sedangkan tiada mana-mana kitab muktabar yang menyebutkan 'musybi`at' iaitu kenyang sebagai syarat. Cukup seorang bayi itu minum sebanyak lima kali, bayi tersebut akan menjadi anak susuan. Jadi saya nak mohon maaf atas kesalahan maklumat yang disampaikan dalam kedua-dua set soalan yang diajukan."

2 comments:

  1. saya copy ya...kerana saya sedang menyusukan bayi angkat juga

    ReplyDelete
  2. Salam.saya cari sumber asal fatwa tersebut tapi tiada di e-fatwa JAKIM.Apa yang ingin saya kongsikan, jika kita buka kitab, ada disebut 5x kenyang.Boleh buka kitab2 seperti kitab syarah Sahih Muslim Takmilah Fathul Mulhim.saya tertanya-tanya kenapa timbul kenyataan "tiada mana-mana kitab muktabar"....Boleh juga fikirkan bersama melalui keterangan ini:
    Oleh Ust Azhar Idrus.http://www.youtube.com/watch?v=AyI-gqBZBhc

    ReplyDelete


The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk