Alhamdulillah saya telah berjaya menambah koleksi CD baru jenis Velcro (Stripe) pula. Saya akan pastikan belian saya berbaloi. Pertama kali menerima bungkusan hati berbunga ria untuk mencuba kali pertama CD velcro ni. Saya telah memilih jenama sunny baby yang mana ketika itu ada promosi 6pcs = RM 100. Murah kan... Pemilihan adalah berdasarkan jantina bukan 'pick and choose' di laman sesawang cutiemambabystore.com melalui mudah.my. Tempoh penghantaran adalah antara 3-4 hari bermula tarikh pembelian. Pembelian ini amat berbaloi di tambah dengan kos penghantaran percuma.
Seperti biasa, sebelum menggunakan CD pada bayi, Cd perlu dicuci paling bagus 3 kali (cuci dan jemur). Sebelum menggunakannya, saya rasa ianya agak sukar memasukkan 'insert' ke dalam poket CD ditambah pula jenis kain yang tidak berkenan dihati. Tapi, belum sempat saya mencuci sehingga cucian ke 3, suami saya pula yang terlebih 'ecxited' menggunakan CD ini kerana Velcro amat mudah digunakan. Saya juga bersetuju dengannya dan kami bercadang menambah koleksi Velcro yang lain.
Tujuan saya mendapatkan CD Velcro ini adalah untuk memudahkan bs saya supaya menggunakan CD. Sebolehnya saya akan cuba menggunakan CD sepenuhnya bagi menggantikan DD (Disposal Diaper). Selain ianya memang menjimatkan kos secara tidak langsung kita dapat menyelamatkan alam sekitar.
kita pun ada guna cd .. total semua ada 12 pasang tak silap .. mcm2 jenis ada .. yg jenis corak plain la .. masa ada maid dulu mmg pakaikan cd kat aidil .. jimat dan sgt ekonomi ... .. now htr ke taska dorg suruh bg pampers .. hu,,hu...
ReplyDeletealahai... tu yg tak best kalu pengasuh/taska xble nk commit CD. jd tak berbaloi plak... jawabnya guna kat rmh je la....
ReplyDelete