Penuh cabaran kelahiran kali ini tapi saya tabahkan hati kerana saya rasakan ada insan lain yang lebih malang daripada apa yang saya alami sekarang. Dalam pada untuk memberikan breasfeeding (BF) sepenuhnya kepada bayi kali ini, macam2 pula cabaran yang perlu saya hadapi. Bayi masuk wad kerana kuning (Penyakit yang kerap berlaku selepas melahirkan- Saya cuba cari maklumat mengenainya). Semasa dia diwadkan sudah diberikan susu fomula. Bermula disinilah cabaran saya ketika tekad untuk memberikan susu ibu secara ekslusif.
Rupanya cabaran yang paling kuat adalah cabaran daripada keluarga sendiri. Saya cuba berkongsi cerita dengan keluarga bertujuan mendapatkan support daripada mereka. Malangnya, kata-kata mereka terus menjatuhkan semangat saya untuk merealisasikan usaha ini. Terusnya saya hanya mendiamkan diri untuk tidak memajangkan cerita.
Kadang-kala saya terfikir, saya tidak perlukan sokongan keluarga untuk menjayakan usaha ini (adakah betul?). Bolehkah saya berjaya sekiranya saya tidak berkongsi usaha ini dengan keluarga atas faktor-faktor yang di atas? Saya seperti "down" bilamana keluarga saya menekankan supaya saya memberi bayi saya dengan formula milk (FM) untuk memudahkan babysitter(BS).
Hurgh!!!!! Tension betul. Saya patut lebih banyak membaca maklumat seperti ini untuk menaikkan semula semangat saya.
Sombody...........Help me!!!!!!!!!!!!!......
No comments:
Post a Comment