Hari ini genap 31 hari umur Wafi jadi kena la hantar ke klinik utk mendapatkan suntikan Vaksin Hepatatis B. Pemeriksaan lain dilakukan adalah menimbang berat bayi dan ibu( Wah!!! berat mama 70.5kg). Wafi naik 0.1kg je kepada 3.7kg. Wafi diberi suntikan pada paha kanannya. Semasa wafi diperiksa oleh nurse bertugas mereka dapati Wafi masih ada tanda-tanda kuning pada mata dan tubuhnya. Jadi, kes ini harus di rujuk ke klinik di Pekan berhampiran untuk diperiksa lebih lanjut oleh doktor. Maklumlah di klinik desa ini tiada doktor bertugas buat masa ini.
Saya ditemani oleh kakak ipar membawa Wafi ke klinik bagi mendapatkan sample darah untuk dibuat ujian samaada Wafi ada masalah hati atau lain-lain penyakit. Semoga keputusannya tiada masalah dan ianya mengambil beberapa hari untuk diketahui. Kesian saya lihat bayi sekecil Wafi dicucuk jamur pada tangan halusnya. Tidak dapat darah daripada tangannya, dialihkan ke pelipat sikunya pula. Sedih dan sayu saya perhatikan nurse yang bertugas. Dalam hati tidak ada apa yang saya boleh lakukan hanya membantu memudahkan kerja nurse tersebut demi kesihatan anak saya juga.
Semoga tiada masalah apa-apa terhadap Wafi dan mama sentiasa berdoa untuk itu sayang.....
No comments:
Post a Comment