Tajuk : Wean
Tarikh : 29 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00am - 10.00pm
Tempat : Taman Rimba, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka
Makanan : POTLUCK
First time dapat join Kelab susu ibu Melaka. Dapat berkenalan dengan ahli Kelab. Bagaimanapun, saya tidak dapat berlama menyertai mereka kerana terpaksa balik. Syukurnya dapat juga timba ilmu penyusuan ibu.
Wean - Cerai susu dan memperkenalkan bayi dengan makanan. Makanan yang digalakkan berupa puri seperti puri bubur, lobak, kacang peas. Ada beberapa kaedah penyediaan yang dicadangkan antaranya masak bubur setiap hari adalah lebih baik (saya pernah lakukan semasa Damia mula diperkenalkan dengan makanan), boleh sejuk beku makanan yang telah dimasak (bagi ibu yang bekerja dan tidak cukup masa).
(Copy From Arin Blog)
Cerai Susu dan Makanan Pelengkap . Berikut adalah hasil perbincangan kami:
1. Jika ibu terlalu sibuk atau tiada ruang untuk masak setiap hari untuk anak, boleh la masak (contoh bubur) dan disimpan di dalam kiub/bekas kecil . Selain daripada itu , carrot , brocolli, sweet potato yang telah di blend boleh juga disejuk beku.
2. So , instead of only bubur, bila nak bagi anak makan, reheat the bubur kiub + vege kiub .
3. Umur yang sesuai dimulakan untuk memberi anak makan adalah 6 bulan .
4. Maximum duration stok foods yang disejukbeku adalah selama seminggu .
Wafi pun akan masuk 6 bulan next month. Bolehlah saya ikuti cadangan ahli kelab dengan kaedah pemakanan yang menjimatkan masa.
Posted by
Wishwerehere