Friday, May 27, 2011

Mengepam ketika di luar

Semalam saya menghadiri program Open Day anjuran Ebsco di Petaling Jaya. Alhamdulillah dengan adanya pam manual tidak sesukar sebelum ini kerana terpaksa usung spectra ke sana sini. Itu pun kalau ada plug boleh la guna pum spectra. Tapi kebanyakkan tempat yang saya pergi surau tiada plug. Maka tangan ini lah yang menjadi pum - Natural pumping. wakakaka. Alhamdulillah dah dapat pum Avent ni ringan sikit beban ketika bertugas diluar. Cuma perlu bawa cooler bag dan pum yang ringan sahaja. Untuk hari ini saya dapat 8oz. Okey lah daripada tidak ada langsung.

Serius je muka bila terpaksa pum dalam perjalanan pulang Mana taknya.... van bergerak tak stabil... terhuyung hayang saya dibuatnya. Alhamdulillah dapat la 4 oz untuk stok wafi keesokkan hari.

Posted by:
Wishwashere

No comments:

Post a Comment


The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk